Empat kaum Cina dilantik jadi Pengarah Bank Islam, kata Pengerusi JMM

Posted by Kerah Lekung on Monday, 24 December 2018

Empat kaum Cina dilantik jadi Pengarah Bank Islam, kata Pengerusi JMM. PENGERUSI Jaringan Melayu Malaysia, JMM Azwanddin bin Hamzah mendakwa empat orang dari kaum Cina telah dilantik sebagai Pengarah Bank Islam (BIMB).

Kenyataan berbentuk tuduhannya itu dalam satu rakaman video disebarkan di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

"Tuan-tuan tahu tak apa yang berlaku dalam semua syarikat-syarikat GLC Melayu, termasuk dalam Bank Islam,"

"Sebuah syarikat yang di bawah kerajaan Malaysia, hari ini telah dilantik empat 'director' (pengarah) yang datang daripada DAP, bukankah itu kerja gila?" soalnya.

Azwanddin Hamzah

Tambahnya lagi, keempat-empat pengarah kaum Cina yang dilantik itu tiada latar belakang pendidikan tentang kewangan Islam.

"Tuan-tuan, dalam Bank Islam dilantik empat 'director' kaum Cina yang tidak ada latar belakang tentang pendidikan kewangan Islam," katanya.

Berikut video yang dimaksudkan (Durasi video 1 minit 30 saat).



Baiklah mari kita semak kenyataan Azwanddin ni, sama ada dia bercakap benar ataupun bohong.

Pengarah-pengarah yang dilantik dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) boleh diakses secara terus melalui laman sesawang rasminya.

Hasil semakan di laman sesawang rasmi BIMB menunjukkan tidak ada seorang pun pengarah yang dilihat seperti muka orang Cina.

Lembaga Pengarah Bank Islam

Senarai Lembaga Pengarah BIMB

  1. Datuk Zamani Abdul Ghani
  2. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin
  3. Zahari @ Mohd Zin Idris
  4. Datuk Zaiton Mohd Hassan
  5. Mohamed Ridza Mohamed Abdulla
  6. Noraini Che Dan
  7. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff
  8. Dato’ Sri Khazali Ahmad
  9. Azizan Ahmad

Sumber — Bank Islam

Selain itu, dari segi nama kita tak nampak juga nama orang Cina di kalangan pengarah-pengarah yang dilantik.

Ini bukan macam zaman "tok kaduk," orang boleh sebar cerita dan khabar angin tanpa dapat disahkan kesahihannya. Ini zaman maklumat di hujung jari.

Justeru penipuan bangkai-bangkai politik seperti Azwanddin ini dapat dibongkarkan dalam beberapa minit sahaja.
Sumber asal: Empat kaum Cina dilantik jadi Pengarah Bank Islam, kata Pengerusi JMM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment