Kemasukan MRSM 2019: 65 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. KERAJAAN dilapor menetapkan kuota 65 peratus kemasukan baru ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2019 perlu diisi pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah atau B40.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, langkah itu bagi membuka peluang lebih besar kepada pelajar terbabit untuk memperoleh pendidikan berkualiti.
Datuk Seri Rina berkata keputusan kemasukan ke MRSM yang biasanya diumumkan pada Januari dilihat memaksa keluarga dari sudut kewangan untuk melakukan persiapan buat anak-anak sekiranya menerima tawaran.
Justeru jika kemasukan lebih awal dibuat, ibu bapa dapat merancang dan membuat persiapan persekolahan anak dengan lebih baik.
Sebelum ini Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf menegaskan pihaknya sentiasa memberi keutamaan kepada pelajar dari kategori B40 dan keluarga berpendapatan pertengahan M40 untuk melanjutkan pengajian di MRSM.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu Datuk Alexander Nanta Linggi menegaskan tiada kuota khusus ditetapkan bagi calon dari kedua-dua kumpulan itu.
Berdasarkan maklumat kuota maksimum pengambilan pelajar baharu untuk 54 MRSM seluruh negara bagi tahun 2019 adalah 7,760 untuk kemasukan tingkatan 1 manakala 2,245 tempat lagi untuk tingkatan 4.
Sumber asal: Kemasukan MRSM 2019: 65 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
Home » ReJaM© » Kemasukan MRSM 2019: 65 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
Kemasukan MRSM 2019: 65 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah
Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 11 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment