Pengguna Twitter kecam Syed Saddiq pakai kasut Converse harga RM4,000. NIAT salah seorang pengguna Twitter untuk mengecam tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abd Rahman memakai kasut mahal, mengundang padah apabila dia sendiri sebaliknya dikecam beramai-ramai oleh netizen.
Perkara itu bermula apabila dia meminta Perdana Menteri melempang Syed Saddiq kerana menteri muda itu katanya memakai kasut jenama Converse berharga RM4,000 di kala rakyat sedang menderita.
"Boleh atuk @chedetofficial lempang sikit celaka @syedsaddiq ni tak? Rakyat sedang menderita tapi dia pakai Converse x off-white berharga 4000 ringgit. Gaji 2 bulan tau. Show off sangat ni. Tun pun pakai selipar bata je," tulisnya.
Perkara itu membuatkan dirinya dikecam oleh netizen secara berjemaah.
Kasut yang dipakai oleh Syed Saddiq itu sebenarnya merupakan hadiah hari jadi ke-26 yang diterima daripada abangnya.
Jika kasut itu bukan hadiah dari abangnya pun, tidak ada salahnya seorang menteri muda dengan pendapatan puluhan ribu sebulan mahu memakai kasut tersebut.
Lainlah kalau kasut itu dibeli dari sumber yang meragukan, contohnya dari hasil mencuri duit rakyat seperti yang dilakukan oleh ramai pemimpin kerajaan terdahulu.
Sumber asal: Pengguna Twitter kecam Syed Saddiq pakai kasut Converse harga RM4,000
Home » ReJaM© » Pengguna Twitter kecam Syed Saddiq pakai kasut Converse harga RM4,000
Pengguna Twitter kecam Syed Saddiq pakai kasut Converse harga RM4,000
Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 11 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment