Guru tempatan diutamakan mengajar di Sarawak — Maszlee Malik. BERITA baik kepada guru-guru berasal dari Negeri Sarawak, yang kebanyakkannya tentu lebih suka jika diberi peluang mengajar di negeri mereka sendiri.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilapor berkata bagi guru-guru baru yang lahir dan beralamat di Sarawak, mereka akan diberi keutamaan mengajar di negeri itu.
Perkara itu selaras dengan pelaksanaan dasar 90:10 iaitu 90 peratus guru tempatan dan 10 peratus guru dari luar.
Namun Kementerian Pendidikan katanya, akan melaksanakan penempatan guru baru bergantung kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen setelah menerima bekalan guru baharu yang diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Turut diumumkan peruntukan elaun khas berjumlah RM500 hingga RM1,500 bagi menjaga kebajikan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
Peruntukan itu mengikut kategori kawasan pedalaman yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
"Sekolah bagi kategori pedalaman 1, guru akan menerima elaun RM500, pedalaman dua RM1000, manakala kategori pedalaman 3 akan menerima elaun RM1,500"
"Terdapat juga guru di Sekolah pedalaman yang menerima bayaran insentif pedalaman pada keadaan 10 peratus daripada gaji bulanan berdasarkan kawasan yang diiktiraf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri."
"Guru-guru yang layak juga dibayar imbuhan tetap perumahan pada kadar penuh sekiranya kuarters yang didiami tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Bahagian Pengurusan hartanah Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Maszlee turut mengucapkan tahniah dan menggelarkan guru yang lama berkorban tinggal berjauhan dengan keluarga untuk mengajar di kawasan pedalaman sebagai "adiwira sebenar,"
Sumber asal: Guru tempatan diutamakan mengajar di Sarawak — Maszlee Malik
Home » ReJaM© » Guru tempatan diutamakan mengajar di Sarawak — Maszlee Malik
Guru tempatan diutamakan mengajar di Sarawak — Maszlee Malik
Posted by Kerah Lekung on Friday, 7 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment