Pelajar Muslimah kena kecam sebar risalah Muslims love Jesus (Video). PIHAK tertentu sejak semalam hangat menyebarkan video beberapa orang pelajar muslimah (wanita), dari universiti tempatan yang menyebarkan risalah tentang Jesus.
Mereka ini lebih tepat kita panggil sebagai "machai-machai" politik sejak semalam nampaknya sudah mendapat idea baru untuk meniupkan sentimen agama kepada rakyat Malaysia.
Dalam video itu sekumpulan pelajar wanita memakai tudung dihampiri oleh sebuah kereta yang dipandu seorang perempuan.
Sebaik saja dihampiri, pelajar wanita itu menyerahkan sekeping risalah yang mana di muka hadapannya bertulis "Muslims Love Jesus," sebelum menawarkan dan menyerahkan juga sekeping lagi risalah yang berbahasa Melayu.
Mereka mengaku sebagai pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak.
Berikut rakaman yang dimaksudkan.
Kalau kita lihat tak ada masaalahnya pun risalah itu disebarkan. Ia sebenarnya sebuah usaha dakwah dijalankan oleh pelajar-pelajar itu di dalam memberitahu secara berhikmah bahawa Jesus (Nabi Isa) adalah salah seorang Rasul yang sangat disayangi dan dihormati oleh umat Islam.
Namun kalau kita lihat di media sosial Facebook, dan Whatsapp sejak semalam, ramai pihak yang mengecam tindakan pelajar ini menyebarkan risalah berkenaan. Siap ada yang menyalahkan Jabatan Agama Islam.
Machai-machai politik ini malah mengaitkan dan menyalahkan DAP dengan aktiviti dakwah berkenaan.
*** Orang nak berdakwah pun kena kecam dengan machai
Sumber asal: Pelajar Muslimah kena kecam sebar risalah Muslims love Jesus (Video)
Home » ReJaM© » Pelajar Muslimah kena kecam sebar risalah Muslims love Jesus (Video)
Pelajar Muslimah kena kecam sebar risalah Muslims love Jesus (Video)
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 16 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment