Tujuh sebab bateri telefon cepat habis. PENTING untuk mengetahui apa punca bateri telefon cepat habis, kerana kebanyakan telefon pintar hari ini mempunyai spesifikasi yang tinggi, sekaligus ia memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik, sedangkan saiz tenaga yang boleh disimpan dalam baterinya pula begitu terhad.
Ada aktiviti tertentu dalam telefon anda, menggunakan tenaga yang banyak tanpa disedari dan inilah punca telefon beroperasi secara berlebihan tanpa keperluan yang begitu banyak menghabiskan tenaga.
Jika anda boleh menghentikan atau mengubah keadaan ini, secara langsung penggunaan tenaga bateri dapat dikurangkan, dan tentulah jangka hayat telefon menjadi lebih panjang sebelum anda perlu mengecasnya semula.
Kenali 7 punca bateri telefon cepat habis
7. Telefon anda mengesan WIFI secara berterusan
Menerima sambungan internet dari WIFI sememangnya lebih menjimatkan berbanding data telefon yang lazimnya lebih mahal. Lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.
Namun seringkali kita terlupa untuk menutup WIFI ketika keluar atau jauh dari rumah, dan ini membuatkan telefon pintar anda mencari WiFi secara berterusan tanpa henti.
Sepanjang perjalanan, malah semasa anda tidur pun telefon akan terus membuat imbasan-imbasan tanpa henti bagi mendapatkan sambungan internet menerusi WIFI berhampiran.
Aktiviti mengimbas kehadiran WIFI ini memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, jangan lupa tutup WIFI sebelum keluar rumah atau ketika anda tidak memerlukan sambungan internet supaya telefon anda tidak perlu kerap dicas.
6. Aplikasi yang beroperasi di belakang tabir.
Ada pelbagai jenis aplikasi yang mempunyai kebolehan untuk beroperasi di belakang tabir tanpa keperluan.
Aplikasi jenis ini perlu dimatikan ketika tidak perlu kerana ia membazirkan tenaga. Oleh itu, anda perlu lihat aplikasi mana yang memakan tenaga paling banyak.
Kebiasaanya telefon pintar mempunyai sistem untuk mengesan aplikasi yang kuat makan bateri. Kenal pasti mana satu aplikasi menelan tenaga yang banyak, dan halang ia dari beroperasi tanpa keperluan.
5. Sistem "auto-sync" terlalu kerap
Sistem "auto-sync" memanglah bagus supaya kita dapat kemaskini terkini dari email, media sosial, website dan lain-lain.
Tapi kalau setiap 5 saat telefon buat "auto-sync" tentulah bateri cepat habis, dan mungkin juga menyebabkan telefon boleh jadi panas.
Sebagai langkah penyelesaian, anda boleh memilih untuk "sync" secara manual. Jadi tak perlulah kemaskini setiap 5 saat, anda boleh buat kemaskini apabila perlu sahaja, atau sekali dua sahaja dalam sehari.
4. Aplikasi lama tidak dikemaskini
Seringkali kita malas untuk dapatkan kemaskini terkini Operating System ataupun Aplikasi yang kita gunakan.
Namun jangan tak tahu, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan telefon pintar di mana aplikasi lama tidak dikemaskini seringkali mempunyai "bug" dan juga boleh menjejaskan jangka hayat bateri.
Caranya tak susah, luangkan sedikit masa untuk muat turun kemaskini terbaru aplikasi yang anda gunakan.
Bagi kemaskini Operating System yang memakan masa lama untuk diselesaikan, pilihlah masa yang sesuai dan tidak mengganggu aktiviti harian, contoh ketika tidur pada waktu malam.
Esok pagi bangun tidur lihat telefon dah siap update.
3. Anda buka banyak aplikasi dan lupa untuk menutupnya ketika tidak digunakan.
Perkara ini sering berlaku, contohnya anda suka membuka aplikasi Facebook, Twitter, Youtube, atau game, dan selepas ia digunakan anda ada urusan lain sehingga lupa untuk menutupnya kembali.
Banyak aplikasi dalam telefon anda memerlukan tenaga yang tinggi untuk berfungsi dan aplikasi ini tidak perlu dibuka sepanjang masa, sebaiknya selepas ia digunakan anda perlu menutup yang semula untuk menjimatkan bateri.
2. Telefon anda ada masaalah "hardware,"
Jika semua maklumat di atas sudah diperiksa, langkah sepatutnya sudah diambil malah anda langsung tidak gunakan telefon sepanjang hari, namun, anda tidak pasti kenapa bateri telefon anda masih cepat habis, maknanya mungkin ia disebabkan kerosakan "hardware" dalam telefon anda.
Maka langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pergi ke kedai membaiki telefon dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. mungkin telefon anda sudah lama dikenakan dan perlu ditukar dengan yang baru.
1. Keamatan cahaya skrin telefon anda terlalu tinggi
Ini satu lagi punca utama bateri telefon pintar cepat habis. Sila perhatikan keamatan cahaya pada skrin telefon anda. Jika "brightness" terlalu tinggi maka jangan hairanlah telefon anda kuat makan bateri dan perlu kerap dicas.
Penyelesainnya ialah, pilih "auto brightness," dengan cara itu sistem pengesan cahaya dalam telefon pintar anda, akan menyesuaikan keamatan cahaya berdasarkan keamatan cahaya sekeliling.
Ketika berada di tempat yang terang, keamatan cahaya telefon anda akan ditingkatkan secara automatik, begitu sebaliknya, jika anda berada di tempat yang lebih gelap, keamatan cahaya akan diturunkan juga secara automatik.
Dengan cara itu, bateri telefon anda tidaklah dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak perlu.
Sumber asal: Tujuh sebab bateri telefon cepat habis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment