Wanita ini kongsi pengalaman apa perlu buat jika jadi mangsa "Paypal Scammer". SEORANG wanita yang bekerja di Jeddah, Arab Saudi berkongsi pengalaman bagaimana dia turut menjadi mangsa "Paypal Scammer," yang dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Norfarini Mustapha turut berkongsi screenshot mesej pesanan ringkas (SMS) yang diterima apabila duitnya dikatakan dikebas oleh "scammer" menerusi pembelian melalui PayPal di sebuah merchant bernama Rezvila yang dipercayai sebuah kedai alat gantian motosikal luar negara.
"Hilang pedoman sekejap tengok duit saya hampir RM5,000 hilang macam tu. Saya duduk dan bekerja di Jeddah, Saudi jadi lagi susah nak call bank and whatsoever! Saya call bank dan tanya mereka tentang transaksi ini, saya tak pernah guna sebarang transaksi PayPal! Tak reti pun!" luahnya menerusi akaun Facebook.
"Sekali dia orang caj saya dekat kedai nama Rezvila apa entah, kedai sparepart motor dekat luar negara. Kemudian saya call Maybank dan minta mereka untuk sekat akaun saya, sebab tak tahu dari mana transaksi ini datang."
"Masa tu saya tengah makan bila saya dapat mesej yang mengatakan Terima kasih telah menggunakan kad debit dan di kedai berkenaan dengan jumlah USD1K, hampir RM5,000," jelasnya.
Norfarini kemudian meminta seorang kawan untuk membuat laporan polis bagi pihaknya, kerana kawan itu berada di Malaysia.
Dalam masa yang sama dia menghubungi lagi Maybank Costumer Services dan diberitahu kes itu akan memakan masa selama 45 hari.
"Gila apa, kau sedut duit aku tak sampai 3 saat nak pulang balik ambil masa lebih daripada sebulan! Aku mengamuk dekat bank tu, kemudian dia orang cakap kenapa awak tidak call PayPal Malaysia dan minta bantuan mereka, sebab diorang di bank hanya boleh tolong sekat kad debit sahaja," tulisnya.
Norfarini terus menghubungi pihak PayPal Malaysia serta memberikan segala butiran berkaitan selepas diberikan nombor telefon dari pihak Maybank yang dihubunginya itu.
"Kemudian selepas saya call PayPal dia cakap mungkin boleh reimburse semula duit saya atau memang tak boleh dapat langsung tapi mereka akan cuba."
"Bayangkan mereka kata mereka akan cuba tapi tak pasti boleh dapat ke tidak! Allahurabbi!"
"Mereka kata dalam masa 10 hari mungkin mereka akan cuba kembalikan duit saya, saya marahlah woi banyak gila kot!" luahnya.
Namun menurut Norfarini oleh kerana duit pembayaran itu masih tergantung (floating), dan belum sempat sampai ke "merchant" berkenaan, wangnya itu berjaya dikembalikan semula.
"Lepas bagi segala jenis keterangan dekat orang PayPal Malaysia, dalam petang waktu Saudi masa tu, duit saya dah dapat semula. Sebab PayPal kata duit saya masih tergantung lagi tak sempat sampai ke merchant yang berkenaan, (saya pun tak pasti tapi tak kisahlah asalkan saya dapat semula duit saya)," tulisnya.
Norfarini turut memberikan nasihat sekiranya anda menjadi mangsa seperti ini, langkah pertama yang perlu dibuat ialah terus buat panggilan kepada bank dan minta mereka sekat segala jenis transaksi.
"Kemudian kalau transaksi pakai PayPal, cuma call PayPal Malaysia dan biar mereka uruskan," tulisnya memberi nasihat.
Sumber — Norfarini Mustapha
Sumber asal: Wanita ini kongsi pengalaman apa perlu buat jika jadi mangsa "Paypal Scammer"
Home » ReJaM© » Wanita ini kongsi pengalaman apa perlu buat jika jadi mangsa "Paypal Scammer"
Wanita ini kongsi pengalaman apa perlu buat jika jadi mangsa "Paypal Scammer"
Posted by Kerah Lekung on Monday, 17 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment