Kanak-kanak 5 tahun ini tersepit berjam-jam bawah runtuhan akibat tsunami. SEORANG kanak-kanak berusia 5 tahun, dikatakan tersepit berjam-jam lamanya di bawah runtuhan bangunan susulan kejadian tsunami yang berlaku di Indonesia kelmarin.
Difahamkan kanak-kanak bernama Ali itu tersepit dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Mutiara Resort di Pantai Carita, Banten.
Kisahnya menjadi viral di facebook dan twitter, menimbulkan rasa sebak di kalangan netizen.
Ali bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini dikatakan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.
Namun difahamkan kanak-kanak itu sehingga kini masih terpisah dari ahli keluarga yang lain yang tidak diketahui keadaan mereka sama ada terselamat ataupun tidak.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak perempuan bernama Devi yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tsunami itu kini dikatakan tinggal keseorangan, selepas terpisah daripada ahli keluarganya yang lain.
Gambarnya kanak-kanak malang itu disebarkan di laman sosial Twitter dan sehingga kini telah menerima lebih 36,000 retweet namun sehingga kini ahli keluarganya masih belum dapat dijumpai.
Sumber asal: Kanak-kanak 5 tahun ini tersepit berjam-jam bawah runtuhan akibat tsunami
Home » ReJaM© » Kanak-kanak 5 tahun ini tersepit berjam-jam bawah runtuhan akibat tsunami
Kanak-kanak 5 tahun ini tersepit berjam-jam bawah runtuhan akibat tsunami
Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 25 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment