Bila peserta Himpunan ICERD kena temuramah. SALAH seorang makcik peserta Himpunan ICERD hari ini menarik perhatian ramai apabila rakaman video dirinya ditemuramah wartawan tular di media sosial.
Wanita yang mengaku datang dengan rombongan dari Kuala Terengganu itu ditanya adakah dia tahu apakah itu ICERD. Soalan itu membuatkan dia terkedu untuk menjawab.
Kemudian datang seorang lagi peserta lelaki cuba membantu wanita itu untuk menjawab soalan berkenaan.
Namun jawapan yang diberikan ternyata jauh menyimpang daripada apa yang sepatutnya dia faham sebelum mengambil keputusan untuk berhimpun.
Katanya dia turun berhimpun kerana membantah penghapusan segala bentuk diskriminasi penghapusan hak-hak raja Melayu dan hak-hak agama Islam.
"Saya sebagai bangsa Melayu dan Agama Islam memang saya bantah lah ICERD ini sekeras-kerasnya," katanya.
Apabila wartawan bertanya lagi, apakah kesan negatif sekiranya kerajaan menandatangani ICERD. Jawapan dia lebih mengejutkan, kali ini dia mahu kerajaan tandatangan ICERD pula.
"Sekiranya kerajaan tidak menandatangani ICERD ini, rakyat negara ini semakin huru-hara, dan akan lebih menjadi rasist lagi lah,"
"Mungkin bangsa bangsa tak akan boleh bersatu, dan negara pun tak boleh duduk dalam keadaan aman,"
"Bila negara tidak boleh duduk dalam keadaan aman, semua operasi perniagaan, jabatan, saya rasa semua tidak menjadi baiklah," katanya.
Kau orang dengar sendirilah penjelasan makcik ni, sila klik rakaman video di bawah. Oh ya tolong jangan ketawa ye.
Kasihan kan? Berkobar-kobar dia turun berhimpun datang dari jauh, tapi dia pun tak faham datang berhimpun untuk apa sebenarnya.
Sumber asal: Bila peserta Himpunan ICERD kena temuramah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment