Dua lagi "ekor Harimau Malaya" naik bas untuk sokong Harimau Malaya di Hanoi, Vietnam

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 15 December 2018

Dua lagi "ekor Harimau Malaya" naik bas untuk sokong Harimau Malaya di Hanoi, Vietnam. SEMALAM kita telah disajikan dengan kisah 3 orang sahabat memulakan perjalanan melalui jalan darat untuk berjimat, kerana tiket pesawat RM1,800 seorang yang dirasakan terlalu mahal.

Mereka bertiga telah sampai ke Bangkok dan bermalam di salah sebuah hotel berdekatan dengan lapangan terbang Bangkok, iaitu Take a Rest, Donmueang Residence.

Bagi pembaca yang baru mengikuti kisah ini, sila klik link di bawah untuk membaca artikel sebelum ini.

BACA — Tiket mahal, tiga sahabat naik kereta ke Vietnam

Pagi ini mereka bertiga memberitahu, mereka sudah sampai ke airport untuk memulakan penerbangan ke Hanoi Vietnam.

Difahamkan di sini mereka telah bertemu dengan dua orang lagi "ekor-ekor Harimau Malaya" yang turut sama menggunakan jalan darat bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak kesayangan.

Ekor Harimau Malaya

Dua orang sahabat ini difahamkan berasal dari negeri paling selatan semenanjung Malaysia iaitu negeri Johor. Mereka menaiki bas untuk ke Bangkok, sebelum bertemu tiga sahabat ini.

Mereka berlima bersama-sama dalam satu "flight" untuk Hanoi, Vietnam dan dijadualkan sampai di sana pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.

Ekor Harimau Malaya

Ketika artikel ini ditulis, difahamkan mereka telah selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Noibai di Hanoi, Vietnam.

Tiba di Hanoi Vietnam

Difahamkan juga mereka akan mengambil tiket perlawanan Bola Sepak Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia bertemu Vietnam di hotel berdekatan dengan Stadium Hanoi.

Pengambilan tiket itu dilakukan dalam beberapa sesi, dan mereka menjangkakan akan mendapatkannya pada pukul 3.30 petang ini sebelum bergerak bersama-sama dengan Ultras Malaya ke stadium.

Maklumat lanjut menyusul.
Sumber asal: Dua lagi "ekor Harimau Malaya" naik bas untuk sokong Harimau Malaya di Hanoi, Vietnam

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment