Rupanya Bank Negara pernah tegur kewangan Tabung Haji yang teruk pada tahun 2015

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 11 December 2018

Rupanya Bank Negara pernah tegur kewangan Tabung Haji yang teruk pada tahun 2015. ISU berhubung Lembaga Tabung Haji (LTH) dilapor memberikan dividen secara haram sejak tahun 2014 yang didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mujahid Yusof Rawa semalam sebenarnya bukanlah perkara baru.

BACA — Tabung Haji bayar dividen haram

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini pernah menghantar surat dalam tahun 2015 kepada kerajaan bagi menarik perhatian negara tentang kedudukan kewangan LTH yang membimbangkan.

Dalam surat yang ditandatangan oleh gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz itu turut menyebutkan tentang paras rizab yang rendah dan menegur amalan Tabung Haji mengagihkan dividen dan bonus kepada pendeposit yang jumlahnya melebihi keuntungan semasa.

Surat Bank Negara

"Amalan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit yang secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014), mengakibatkan paras rizab keuntungan terkumpul LTH yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah pasaran ekuiti terutamanya pada tahun 2015." tulis surat itu.

Surat yang bertarikh 23 Disember 2015 itu juga turut merujuk kepada peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.

"Menurut peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya," tulisnya.

Dari sini kita dapat lihat bahawa isu Tabung Haji memberikan dividen secara haram kepada penyimpan bukanlah perkara baru.

Namun menteri-menteri yang terlibat, seperti Asyraf Wajdi dan Najib Razak berpura-pura seperti tak pernah tahu kedudukan kewangan Tabung Haji yang telah sekian lama membimbangkan itu.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan, silakan baca sendiri.

Surat Bank Negara

Surat Bank Negara

Surat Bank Negara


Sumber asal: Rupanya Bank Negara pernah tegur kewangan Tabung Haji yang teruk pada tahun 2015

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment