Iklan berhubung perkara itu turut disiarkan di laman facebook PDRM. Antara cawangan yang menawarkan diskaun saman itu ialah IPD Kulai, Johor.
Diskaun saman polis 50 peratus IPD Kulai
Orang ramai yang ingin menyelesaikan saman tertunggak mereka dengan harga potongan 50 peratus bolehlah datang di IOI Mall, Bandar Putra Kulai pada hari Ahad dan Isnin ini.
Menurut kenyataan IPD Kulai hari ini, kaunter pembayaran dibuka mulai jam 10 pagi hingga 6.30 petang pada hari ahad dan dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin.
Diskaun Saman 50 peratus Polis Selangor
Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat polis kontijen Selangor pula akan mengadakan kaunter semakan dan pembayaran saman sempena Minggu Bersama Pelanggan JSPT Selangor untuk bulan Disember 2018.
Orang ramai yang ingin menyelesaikan saman Trafik seluruh Malaysia boleh datang ke Balai BSPT Ampang Jaya (Pandan Indah) pada tarikh 13 hingga 15 Disember 2018, dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Namun perlu diketahui terdapat jenis-jenis kesalahan saman tertentu yang tidak boleh mendapat diskaun.
- Saman-saman berstatus NC (Non Compoundable)
- Kes yang sedang dibicara di mahkamah
- Waran Tangkap 20184. Kemalangan
- Ops Selamat 2018
- Saman kerana menggunakan alat komunikasi
- Saman berkaitan motorlori
Sumber asal: Diskaun Saman Polis 50 peratus bulan ini
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment