Harga Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia diumumkan secara rasmi

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 12 December 2018

Harga Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia diumumkan secara rasmi. HARGA Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan secara rasmi dalam pelancarannya di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Difahamkan model terbaru kenderaan keluaran Proton dengan kerjasama Geely itu akan dijual pada harga yang sama untuk Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelancaran Proton X70

Dalam pelancarannya, Proton mengimbau kembali pelancaran Kereta Proton pertama 33 tahun lalu melalui acara simbolik Tun Mahathir menyerahkan kunci Proton X70 kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.

Pelancaran Proton X70

Model 1.8 Proton X70 Standard akan dijual pada harga bawah RM100,000 iaitu RM99,800 manakala 1.8 Proton X70 Premium pula berharga RM123,800.

Model 1.8 TGDi Executive AWD berharga RM115,800 dan 1.8 Executive 2WD berharga RM109,800.

Harga Proton X70


Sumber asal: Harga Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia diumumkan secara rasmi

{ 1 comments... read them below or add one }

JohnRMay said...

Maklumat untuk x70 fuel consumption

Post a Comment