![Dr Mahathir Icerd](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzuYcaeDB3681NApXov-z9xlu8VBQcHYUvPe_0c5Bhk35c8SRfFKZ4_09mfsjpTBj5EFTdJOZjDN5ICJ8jV2-6-7NT9zmgzoY9midThzIb-x8stNOvWraRM2GFhGp4jUeWYfS3Zv5Kpk6J/s1600/mahathir-icerd.png)
Dalam rakaman ucapan ringkas itu, beliau turut mengulangi penegasan bahawa, tiada keperluan himpunan itu diteruskan kerana Kerajaan Malaysia sudah jelas tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
"Walaupun kabinet telah menetapkan pada 23 November lalu, bahawa kerajaan Malaysia tidak akan meratifikasikan ICERD, saya diberitahu rancangan untuk mengadakan perhimpunan menolak ICERD masih diteruskan, pada hari esok,"
"Saya tidak nampak perlunya perhimpunan itu diteruskan. Walau bagaimanapun, beberapa pihak menyatakan ianya diteruskan sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan ICERD,"
"Bagi pihak kerajaan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan," katanya.
Beliau turut memberi jaminan kerajaan tidak akan menghalang atau menyukarkan perhimpunan itu.
"Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang ataupun menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi," katanya.
Namun ada satu permintaan kerajaan iaitu diharap pihak penganjur membantu pihak polis dan pihak berkuasa di dalam memastikan tidak berlaku kekacauan ataupun kerosakan terhadap harta benda awam.
"Jika boleh Jangan membuang sampah merata-rata dan jagalah kebersihan," ujarnya sebelum menamatkan ucapan itu.
"Saya doakan agar perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia, terima kasih,"
Sumber asal: Dr Mahathir doakan Himpunan ICERD berjalan lancar ajak rakyat raikan demokrasi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment