Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi. SEPASANG suami isteri dilapor telah membina tempat ibadat tanpa kebenaran (haram) di belakang bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam selepas mendapat petanda dari mimpi.
Perkara itu diberitahu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
"Pasangan ini memaklumkan mereka membuat tapak sembahyang itu kerana fikir ia sebagai keperluan setelah mendapat 'tanda' melalui mimpi dan mahu membuat tangga untuk kemudahan orang lain termasuk warga emas yang mahu menggunakannya sebagai tempat sembahyang," katanya.
Namun Ahli Parlimen PKR itu dilapor telah segera bertindak menyelesaikan perkara berkenaan sebelum isu tersebut menjadi lebih besar.
Satu pertemuan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM telah dibuat bersama pasangan berkenaan hari ini.
"Perbincangan telah dibuat dan mereka melalui pertemuan itu dan kami menerangkan setiap perkara perlu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT)."
"Mereka akhirnya akur dan setuju untuk mengalih atau memindahkan struktur atas tanah rizab KTM itu," katanya lapor Sinar Harian.
Sumber asal: Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi
Home » ReJaM© » Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi
Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi
Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 26 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment