Wajib fardu ain Umat Islam sertai Himpunan Icerd kata Presiden PAS

Posted by Kerah Lekung on Friday 7 December 2018

Wajib fardu ain Umat Islam sertai Himpunan Icerd kata Presiden PAS. ADALAH menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam secara fardu ain untuk keluar beramai-ramai dalam Himpunan Icerd pada 8 Disember ini kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video Media Presiden bertajuk "Seruan hadir ke Himpunan Bantah Icerd 812," yang disiarkan di halaman Facebook rasminya pada 3 September 2018.

Hadi Awang Icerd

Katanya umat Islam perlu keluar beramai-ramai dalam himpunan berkenaan bagi menyatakan kewajipan mencegah kemungkaran yang wajib dicegah sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk kepada negara kita.

Dalam pada itu beliau turut menyeru penganut agama lain untuk sama-sama menyertai himpunan berkenaan.

"Dalam masa yang sama saya menyeru penganut agama lain, sama-sama juga membantah ICERD ini, kerana perjanjian ini sebenarnya bercanggah dengan semua agama, dan hubungan antarabangsa dalam dunia yang telah dijalin oleh Allah SAW," katanya.

Dalam rakamam yang sama, Abdul Hadi turut menyatakan pendapatnya bahawa ICERD diilhamkan oleh Freemason dan Zionist yang menguasai agensi-agensi di bawah PBB.

"Mengikut pengamatan saya sebenarnya perjanjian ini (ICERD) diilhamkan oleh Freemason dan Zionist, yang menguasai agensi-agensi di bawah bangsa-bangsa bersatu, dengan tujuan untuk menundukkan segala bangsa dalam dunia ini supaya tidak beragama dan tidak berakhlak," katanya.

Sumber - Facebook/link/button
Sumber asal: Wajib fardu ain Umat Islam sertai Himpunan Icerd kata Presiden PAS

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment