Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Posted by Kerah Lekung on Friday, 14 December 2018

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam. Penyokong Harimau Malaya

KEKANGAN kewangan bukan halangan untuk peminat menunjukkan sokongan padu kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya.

Meskipun kurang mampu membayar harga tiket penerbangan terus dari Malaysia ke Hanoi Vietnam, yang dirasakan mahal, 3 orang sahabat, berasal dari Puchong, Selangor ini belum berputus akal, apa lagi berputus asa.

Semangat untuk sama-sama berada dalam stadium menyaksikan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018 pusingan kedua, membuatkan tiga sahabat ini sanggup memilih jalan darat dengan berkereta untuk ke Hanoi, Vietnam.

Harimau Malaya

Amirul Amin, Mohd Fitri, dan Leng Chai Gulong (nama Facebook) merancang perjalanan itu pada malam 12 Disember 2018 selepas mendapati harga tiket pesawat pergi balik Kuala Lumpur — Hanoi berharga RM1,800 seorang dirasakan mahal.

Mereka mula bergerak pada 13 Disember 2018 (Khamis) pada jam 6 petang menaiki kereta milik Saiful menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Pada jam 11.30 malam mereka melepasi sempadan Malaysia - Thailand, kemudian singgah sebentar makan di Sadao sebelum singgah di Phattalung, rumah saudara Saiful untuk menumpang mandi dan menyegarkan badan.

TAG

Oleh kerana kekangan masa selain perlu mendapatkan Visa masuk ke Negara Laos, (perlu melintasi Laos sebelum masuk ke Vietnam untuk ke Hanoi) mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaikki pesawat dari Bangkok menuju ke Hanoi.

Mereka bercadang untuk bermalam di hotel berdekatan Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok hari ini (14 Disember 2018)

Ketika artikel ini ditulis, mereka memaklumkan sudah sampai ke Prachuap Khiri Khan.

Kui Biri

Info lanjut menyusul
Sumber asal: Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment