Pemimpin kanan Umno jumpa Mahathir minta nasihat untuk keluar Umno

Posted by Kerah Lekung on Friday 14 December 2018

Pemimpin kanan Umno jumpa Mahathir minta nasihat untuk keluar Umno. SEBELUM ini tersebar beberapa keping gambar menunjukkan beberapa orang pemimpin kanan Umno bertemu dengan Tun Mahathir.

Mohamad Hassan, Noh Omar, Shahidan Kassim, dan Tengku Adnan Mansor antara pimpinan Umno yang dilihat di dalam gambar berkenaan.

Pemimpin Umno jumpa Mahathir

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan kata gambar itu adalah gambar lama ketika mereka bertemu dengan Tun Mahathir, katanya untuk merayu agar Perdana Menteri itu tidak mengharamkan Umno.

Itu kata dia, orang kata tidak adil jika kita dengar maklumat hanya dari sebelah pihak. Apabila perkara itu ditanya kepada Tun Mahathir, lain pula ceritanya.

Tun Mahathir pula kata, gambar pemimpin Umno yang tular datang jumpa beliau itu adalah atas sebab meminta nasihat daripadanya untuk keluar Umno.

Mahathir pecah lubang

Kalau pemimpin kanan Umno pun sudah tak mahu dengan parti Melayu itu lagi, ini petanda parti yang semakin dibenci itu menunggu masa untuk dibubarkan dan melingkup.
Sumber asal: Pemimpin kanan Umno jumpa Mahathir minta nasihat untuk keluar Umno

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment