PERSEMPADANAN : MAHATHIR YANG MULAKAN

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 1 April 2018

PERSEMPADANAN : MAHATHIR YANG MULAKAN.
Khairy Jamaluddin menempelak pemimpin pembangkang yang lupa sejarah apabila mengkritik kerajaan berhubung kajian persempadanan semula yang sudah dilakukan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata jika mereka menuduh persempadanan semula dilakukan ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, ia menunjukkan mereka lupa sejarah.

“Kajian semula kawasan pilihan raya dilakukan pada zaman Tun Mahathir lagi kerana beliaulah yang meminda perlembagaan dan undang-undang untuk persempadanan semula.

“Justeru, pemimpin pakatan pembangkang, jangan terlalu cepat lupa sejarah dan mahu menulis semula sejarah.

Hari ini, pembangkang yang mengangkat Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah bertanggungjawab dalam menulis semula sejarah Malaysia, kononnya mahu melupakan segala perkara buruk yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Malah, kajian persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukannya BN. Ia dibuka kepada pandangan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah di Bukit Panau, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yakob dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Pembangkang sebelum ini menuduh kajian persempadanan semula yang dibentang dan diluluskan di Parlimen Rabu lalu hanya menguntungkan BN bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu di Kuala Lumpur, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Rauf Yusoh berkata, proses persempadanan tidak wajar dipersoalkan dan ia hanya dilakukan sekali ketika pentadbiran Najib berbanding tiga kali dilakukan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Proses persempadanan semula bukan berlaku pada zaman Datuk Seri Najib saja malah ia telah berlaku pada zaman kepimpinan terdahulu, zaman Tun M berlaku tiga kali persempadanan semula ini telah berlaku.

“Jadi persoalan yang timbul ianya bukan perkara baru dan ia telah berlaku dalam kepimpinan terdahulu sebanyak tiga kali,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Foto Perhimpunan Agung UMNO 2017 Hotel Seri Pacific.

Sumber asal: PERSEMPADANAN : MAHATHIR YANG MULAKAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment