PAKATAN HARAPAN FITNAH SPR BERSENGKONGKOL SOROK UNDI POS DAN GANTI DENGAN KERTAS UNDI PALSU

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 4 April 2018

PAKATAN HARAPAN FITNAH SPR BERSENGKONGKOL SOROK UNDI POS DAN GANTI DENGAN KERTAS UNDI PALSU.
Tindakan pembangkang Pakatan Harapan yang memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak memberikan sebarang impak dari segi perubahan kepada organisasi kerajaan tetapi ianya hanya memberikan signal dan petanda kepada Kerajaan yang memerintah mengenai bantahan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan. Manakala tindakan pengundi atau parti-parti pembangkang Pakatan Harapan memboikot Pilihan Raya Umum pula sememangnya memberikan signal kepada kerajaan mengenai bantahan awam.

Kalau sudah namanya pun Pakatan Harapan, apa yang mereka cakap semuanya penuh dengan pembohongan, penipuan dan tipu daya. Tidak ada sepatah kata-kata mereka boleh dipercayai, Apa sahaja yang keluar daripada mulut parti pembangkang Pakatan Harapan semuanya penuh dengan kebencian dan dendam. Pemimpin Pakatan Harapan hanya mahu menanam rasa benci dendam terhadap rakyat agar membenci kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

Kita janganlah mudah sangat percaya dan terpedaya dengan kata-kata parti pembangkang Pakatan Harapan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya bersengkongkol dan bekerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyorok peti undi pos kemudiannya diganti dengan undi palsu. Kita seharusnya ingat pembangkang Pakatan Harapan akan mengambil kesempatan dan peluang untuk mempengaruhi pemikiran rakyat kerana inilah peluang mereka untuk memastikan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional tumbang dan inilah masanya mereka mahu mengambil alih dan mentadbir negara.

Pembangkang Pakatan Harapan sangat teruja berkempen untuk meminta pengundi-pengundi memboikot Najib lagi-lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 ini mereka akan cukup-cukup melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dengan menumbangkang Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.

Apa yang lagi teruk lagi apabila parti pembangkang Pakatan Harapan akan membuat undian rosak dan ini juga satu penganiayaan dan kerugian kepada diri pengundi dan dana awam yang digunakan untuk melaksanakan pilihan raya umum. Pengundi yang dibayar oleh pembangkang Pakatan Harapan hadir semata-,mata untuk membuat undi rosak yang hanya akan membazirkan masa dan tenaga mereka sahaja kerana mereka perlu datang ke tempat pembuangan undid an berbaris hanya untuk membuat undi rosak.

Kesimpulannya mereka-mereka yang berkempen memboikot pilihan raya ini juga memainkan sentiment kebencian dan perasaan marah agar pengundi-pengundi memboikot pilihan raya untuk membenci Najib dan Kerajaan Barisan Nasional kerana mereka pembangkang Pakatan Harapan tidak suka melihat Barisan Nasional memerintah negara.

Sumber asal: PAKATAN HARAPAN FITNAH SPR BERSENGKONGKOL SOROK UNDI POS DAN GANTI DENGAN KERTAS UNDI PALSU

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment