KUALA LUMPUR – Dakwaan pembangkang kononnya negara akan menjadi muflis adalah tidak benar berikutan pujian oleh pakar daripada badan kewangan dunia bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya entiti yang menyatakan bahawa negara ini akan muflis.
“Walhal, satu-satunya entiti yang jaja kata Malaysia akan bankrap cuma Pakatan Harapan saja, pakar ekonomi semua puji ekonomi kita di landasan tepat,” katanya menerusi catatan di laman Facebook dan Twitter beliau, hari ini.
Beliau berkata dana seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, Bank Rakyat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sering menjadi sasaran politik jahat pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan bankrap.
Sebaliknya, Najib berkata dana-dana berkenaan mencatatkan prestasi memberangsangkan selaras dengan perkembangan ekonomi.
“Sama seperti ASN/ASB, Tabung Haji, Bank Rakyat, KWSP dan LTAT, KWAP juga catat prestasi memberangsangkan bagi 2017 selaras perkembangan ekonomi.
“Malah pendapatan kasar 2017 adalah RM9.03 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWAP!,” katanya.
KWAP merekodkan pendapatan kasar sebanyak RM9.03 bilion pada 2017, angka tertinggi sejak penubuhannya, berbanding RM6.36 bilion pada 2016.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad hari ini dilaporkan berkata saiz dananya meningkat kepada RM140.80 bilion dan melebihi sasaran awal sebanyak RM136.6 bilion tahun lepas.

Sumber asal: PAKAR EKONOMI SEMUA PUJI KITA, HANYA PH SAJA YANG KATA NEGARA INI BANKRAP
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment