MANIFESTO BN : 40,000 ORANG AKAN BANJIRI AXIATA ARENA BUKIT JALIL

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

MANIFESTO BN : 40,000 ORANG AKAN BANJIRI AXIATA ARENA BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR 4 April – Sebanyak 40,000 peserta dan pemerhati dijangka menghadiri pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU- 14) di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, Sabtu ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, 9,000 orang akan ditempatkan di dalam dewan manakala 31,000 orang lagi akan menyaksikan pengumuman itu melalui skrin LED yang ditempatkan di sekitar kawasan dewan.

“Setakat ini persiapan sudah mencapai 80 peratus dan kita sudah bersedia untuk menerima 40,000 orang peserta dan pemerhati di Bukit Jalil ini. Pada malam itu semua peserta yang datang diwajibkan memakai baju berwarna biru kerana kita mengambil semangat untuk menyatukan hati semua dan menanamkan mentaliti menang dalam menempuh PRU-14 tidak lama lagi.

“Dari segi keselamatan pula, sebanyak lebih 400 anggota keselamatan termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan bertugas bagi memastikan semua aspek keselamatan terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melawat dewan bagi persediaan pembentangan Manifesto BN untuk PRU-14 di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Sumber asal: MANIFESTO BN : 40,000 ORANG AKAN BANJIRI AXIATA ARENA BUKIT JALIL

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment