LEPAS SUSAH PAYAH DIBANGUNKAN, MAHATHIR NAK MUSNAHKAN LANGKAWI?

Posted by Kerah Lekung on Monday, 23 April 2018

LEPAS SUSAH PAYAH DIBANGUNKAN, MAHATHIR NAK MUSNAHKAN LANGKAWI?.
ALOR SETAR– Tindak-tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad memilih menjadi calon pembangkang di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dilihat hanya bakal menghancurkan segala apa yang dibangunkannya selama menjadi Perdana Menteri dahulu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu tidak ubah seperti mahu meroboh ‘rumah’ yang dibina selama 22 tahun hanya kerana ada orang lain menggantikannya memperbaiki keadaan ‘rumah’ itu sekarang.

“Kita ini ada orang datang tolong buat rumah kita ucap terima kasih kerana bantu buat rumah kami. Lepas itu sudah tinggal lama orang lain pula mari (datang), ubah suai pula rumah bagi cantik lagi, berterima kasihlah kepada orang baru yang mencantikkan lagi kawasan kita ini,” katanya memetik Bernama.

Beliau berkata ketika berucap di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Langkawi yang berlangsung di Kompleks Pekan Rabu di Langkawi, semalam.

Hamzah berkata rakyat di sini tidak seharusnya mendengar tohmahan yang dilemparkan pembangkang kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka.

“Kita hendak masa depan anak cucu kita lebih senang daripada apa yang kita perolehi hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mendedahkan, semenjak pelancaran program Jualan Sentuhan Rakyat diadakan, Langkawi menjadi daerah yang mencatatkan jualan tertinggi di Kedah.

“Ini menunjukkan rakyat Langkawi sentiasa mahu terlibat dengan program-program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Sumber asal: LEPAS SUSAH PAYAH DIBANGUNKAN, MAHATHIR NAK MUSNAHKAN LANGKAWI?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment