AHLI KECEWA PKR DAH JADI PARTI "SONGSANG"!!!

Posted by Kerah Lekung on Monday, 23 April 2018

AHLI KECEWA PKR DAH JADI PARTI "SONGSANG"!!!.

Di sebalik tindakan pucuk pimpinan PKR yang cuba menjalin hubungan bekerjasama dengan Tun Mahathir, ianya masih lagi mendapat tentangan hebat diperingkat akar umbi parti itu secara terbuka.


Bagi pengikut - pengikut tegar parti itu masih tetap menganggap kezaliman yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini tidak sepatutnya dimaafkan dan dilupakan begitu sahaja.


Menurut mereka, pimpinan tertinggi parti tak sepatutnya membenarkan bekas Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai Mahazalim itu bertanding menggunakan logo parti untuk bertanding dalam PRU kali ini.


Malah tindakan pucuk pimpinan parti yang merestui pencalonan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Haprak itu juga turut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak berprinsip.


Dakwa mereka, keputusan yang ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR itu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kecewa dikalangan 60% daripada 200,000 orang ahli parti sehingga ke hari ini.


Tapi malangnya, perkara itu sedikit pun tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang jelas tidak mengendahkan suara yang cuba disampaikan oleh akar umbi parti itu sebelum ini.


Sebaliknya, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah yang dulu beriya menangis mengenangkan penderitaan Anwar sekarang semua sudah berubah. Mereka pulak yang paling bangga dan teruja menyanjung Tun Mahathir mengalahkan demi mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

Sumber asal: AHLI KECEWA PKR DAH JADI PARTI "SONGSANG"!!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment