Ceramah Skandal Terowong P.Pinang Dapat Reaksi Hebat

Posted by Kerah Lekung on Sunday 1 April 2018

Ceramah Skandal Terowong P.Pinang Dapat Reaksi Hebat.
MERIAH… Lebih 2,000 penduduk di kerusi Parlimen Bagan yang disandang Lim Guan Eng hampa apabila Setiausaha Agung DAP itu tidak hadir Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 semalam.
Malah kerusi disediakan untuk Ketua Menteri itu dan bapanya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibiar kosong selepas mereka dikatakan enggan hadir waima jemputan mengenainya disebar luas melalui pelbagai medium.

Orang ramai yang hadiri ceramah tersebut, majoritinya daripada masyarakat Cina setempat tertarik dengan ucapan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai kontroversi projek mega terowong dasar laut itu.

Dianjurkan MCA, program di Dewan Tan Si Eng Chuan Tong di Butterworth itu mendapat sambutan luar dugaan walaupun tanpa kehadiran Guan Eng dan Kit Siang yang juga Penasihat DAP yang ‘dijemput’ khas untuk berdebat.

Respons hebat turut diberikan kepada ucapan ahli panel lain termasuk Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong dan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng.

Semalam, Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar Kit Siang untuk menghadiri ceramah berkenaan bagi menafikan hasil penemuan MCA berhubung skandal terowong dasar laut bernilai RM20.5 bilion.

Projek terowong itu kini disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan fokus siasatan membabitkan kos pelbagai kajian bernilai RM305 juta dan kelewatan pelaksanaannya menjangkau lebih 22 bulan.

Sumber asal: Ceramah Skandal Terowong P.Pinang Dapat Reaksi Hebat

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment