Zambry yakin ramai wakil rakyat di Perak kekal

Posted by Kerah Lekung on Saturday 3 March 2018

Zambry yakin ramai wakil rakyat di Perak kekal.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr  Zambry Abd Kadir memberi indikasi dan bayangan wakil-wakil rakyat yang melaksanakan tugas (perform) mereka dengan baik dan mendapat dokongan rakyat diyakini akan dikekalkan oleh pimpinan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak  berkata, penilaian seseorang wakil rakyat   juga perlu berdasarkan kepada pandangan awam.

Menurutnya dalam tempoh dua penggal menjadi Menteri Besar, beliau  tidak  menafikan  ada wakil-wakil rakyat yang melaksanakan tugas mereka dengan baik dan begitu jugalah mungkin ada yang tidak mencapai KPInya.

``Saya perlu membuat penilaian yang sebaik-baiknya dan dua penggal ini kita dapati ada wakil rakyat yang melaksanakan tugas mereka dengan baik dan begitu jugalah mungkin ada yang tidak mencapai KPInya.

``Tapi saya dalam proses tugas yang dimainkan oleh setiap wakil mungkin akan ada perubahan-perubahannya… dia bukan bersifat statik, setiap kali pilihanraya tentunya  ada perubahan- perubahan baru …muka-muka baru..mereka yang disukai, mereka yang terus perform kita takkanlah kita nak menolak mereka kalau  sekiranya rakyat suka dengan mreka dan begitu juga dengan performance mereka yang begitu baik.

``Saya yakin bahawa mereka akan dikekalkan oleh pihak pimpinan parti kerana kita bukan membuat penilaian berasaskan kepada penilaian seorang…maksudnya daripada saya membuat penilaian kepada adun-adun tidak boleh… kita perlu membuat penilaian itu berdasarkan  kepada juga pandangan umum,  pandangan awam yang kita dapat berdasarkan kepada fakta itu,’’ katanya.

`Jadi kita akan membuat penilaian yang sebaik-baiknyalah… saya tahu ada di kalangan ahli ahli dewan…adun-adun wakil-wakil rakyat kita membuat kerja yang baik dan terus mendapat dokongan daripada rakyat maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya.

``Tapi kita kena faham ianya bukan hanya tertakluk keapda dokongan parti tentunya bagi setiap kali pilihanraya dia perlu melibatkan parti dan juga pengundi keseluruhannya …keseluruhan pengundi… jadi itu adalah satu yang agak penting untuk kita buat penilaian’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Kepada soalan sama ada kerajaan negeri akan mewujudkan manifesto yang berbeza disetiap DUN dan Parlimen, katanya, pada dasarnya  kerajaan telahpun membuat perbincangan awal untuk meletakkan manifesto yang bersifat inklusif.

`Pada dasarnya kita telahpun membuat perbincangan awal untuk meletakkan manifesto kita yang bersifat inklusif…iaitu ia akan melibatkan manifesto diperingkat kebangsaan namun dalam masa yang sama ianya akan dimasukkan …akan diletakkan konteknya negeri Perak.

``Jadi akan ada manifesto diperingkat negeri malah kita juga mencadangkan kalau ada kemampuan  secara realistik diperingkat kerajaan negeri supaya manifesto di kawasan parlimen, dun sebagai contohnya dapat kita adakan .

``Tapi yang paling utama ialah manifesto besar diperingkat kebangsaan tapi dikontekkan ataupun untuk negeri Perak kita dengan perincian-perincian yang akan kita kemukakan nanti bagi menyediakan manifesto yang bersifat realistik  untuk negeri perak kita juga.

``Tapi mungkin ada beberapa kawasan ataupun disetiap parlimen atau  di dun  mungkin ada perkara-perkara yang boleh dilakukan yang merupakan janji untuk kita laksanakan pada kadar kemampuan yang realistik yang dapat kita laksanakan  maka kita akan masukkan sekali di setiap kawasan berkenaan.

``Daripada asalnya di peringkat negeri…. kita akan buat untuk negeri Perak dulu…kita telahpun adakan mesyuarat dan perbincangan awal untuk sediakan manifesto negeri kita.’’ Jelasnya.

Sementara itu Dr.Zambry berkata, kerajaan negeri masih dalam siri perbincangan berhubung penetapan tempoh masa para pelancong yang datang dan membeli–belah di Pulau Pangkor.

Katanya langkah itu diambil sebagai salah satu persiapan menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

Katanya, langkah itu diambil sebagaimana yang telah dilaksana di pulau-pulau bebas cukai lain seperti Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman, Pahang.

``Ia akan mempunyai suatu tempoh jangka masa pelancong yang tinggal di Pangkor dan daripada situ kita akan dapat tahu sama ada barangan yang dibelinya akan dikenakan cukai atau sebaliknya.

``Kita sedang memperhalusi perkara ini dan kita akan mencadangkan agar tempoh yang dikenakan nanti tidak terlalu panjang kerana (pada kebiasaanya) para pelancong tidak tinggal di Pangkor berhari-hari, paling kurang 24 jam,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerjaan negeri berharap pihak berkuasa peringkat negeri dan Persekutuan akan membuat penilaian yang sebaiknya berkenaan cadangan tersebut.

Katanya antara agensi yang sedang giat menjalankan persiapan menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri sedang mengenalpasti lokasi sesuai bagi membina Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

``Kesemua perkara ini mengambil sedikit masa kerana dalam hendak menjadikan sesebuah kawasan itu sebagai kawasan bebas cukai bukanlan semudah dengan membuat pengumuman yang mana ia turut memerlukan beberapa perincian  terhadap beberapa hal teknikal yang berkaitan,’’ katanya.

Sumber asal: Zambry yakin ramai wakil rakyat di Perak kekal

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment