RAKAMAN video hantu kebaya merah masih lagi hangat diperdebatkan, maklumlah isu ini sudah menjadi tular sehingga semua golongan umur turut mahu menyampaikan pendapat mereka berkenaan isu ini.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, satu screenshot yang tersebar dari aplikasi WhatsApp menyaksikan seorang individu mengaku bertanggungjawab menghasilkan video tersebut bersama rakan-rakannya.
Individu tersebut yang nombornya tersebar selepas paparan skrin dari WhasApp komuniti ‘Taman Bunga Raya Official’ itu tidak menutupi nombor telefonnya menyebabkan dia tidak henti-henti dihubungi orang ramai.
Memetik laporan mStar Online, individu berkenaan yang bernama Nazrul Hisham Abdul Manaf berkata, mereka yang menghubunginya kebanyakannya mahu bertanyakan kesahihan kejadian itu.
Bagaimanapun, Nazrul menafikan dia terlibat dalam penyebaran video tular itu dan hanya bertindak menulis kenyataan itu bagi menyindir orang ramai yang didakwa mudah percaya dengan apa sahaja yang dipaparkan di media sosial.
“Bila semua dah bising pasal video hantu semalam (Rabu), saya sengaja buat kenyataan dalam bentuk sarcasm (sindiran).
“Tapi ramai yang tak faham ayat saya sehingga mereka menyangka saya dalang sebenar. Saya ni bukannya ada masa nak buat video macam tu.
“Yang saya pelik kenapa ramai yang mudah percaya. Dalam dunia moden 2018 ni, tak susah pun untuk buat video macam tu, sesiapa pun boleh buat,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.
Menurut lelaki berusia 40-an dari Rawang itu, sekiranya kejadian tersebut benar, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan memandang kitab suci Al-Quran juga ada memberitahu mengenai kewujudan makhluk ghaib.
Selepas penyebaran nombor telefon peribadinya itu, Nazrul berkata dia telah menerima lebih 50 panggilan serta hampir 100 mesej yang mahu mendapatkan kisah sebenar.
“Ramai yang menghubungi saya untuk tahu cerita sebenar. Mereka tanya seronok ke takut-takutkan orang?
“Yang maki saya pun ada, tapi saya tak kisah. Tak terfikir pun nak matikan telefon atau tukar nombor,” katanya.
Bagi mengelakkan kekeliruan ramai, lelaki itu menerusi akaun Facebooknya turut berkongsi posting yang ditulis akaun Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib mengatakan video itu merupakan strategi pemasaran sebuah filem.

Sumber asal: “Bukan Saya Buat Video, Itu Sarcasm Je”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment