'Datin' dera amah dipenjara lapan tahun...Akhirnya Dipenjara Jugak Padan Mukanya

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 March 2018

'Datin' dera amah dipenjara lapan tahun...Akhirnya Dipenjara Jugak Padan Mukanya.
SHAH ALAM: Suri rumah yang menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Disember 2016, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah memutuskan demikian sekaligus mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 15 Mac lalu atas alasan hukuman bon tersebut adalah tidak wajar.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini setelah permohonan Rozita yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak.

Pada 15 Mac lalu, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 oleh mahkamah rendah tersebut selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, setelah video mengenai kejadian itu telah menjadi tular dalam media sosial.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan parah menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih.

Wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh mangsa sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Pertuduhan menyebabkan kecederaan parah itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Ditemui sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Sumber asal: 'Datin' dera amah dipenjara lapan tahun...Akhirnya Dipenjara Jugak Padan Mukanya

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment