SKANDAL RASUAH : BILA GUAN ENG NAK NAK BERCUTI SEPERTI GESAAN TONY PUA ?

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 28 March 2018

SKANDAL RASUAH : BILA GUAN ENG NAK NAK BERCUTI SEPERTI GESAAN TONY PUA ? .



RATA – rata pihak saling bertanya bilakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu mengambil cuti daripada jawatannya sedangkan perbicaraan kes rasuah membabitkan beliau dan ahli perniagaan, Phang Li Koon berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah telah pun memasuki hari kedua, hari ini.
Malahan pula, gesaan ‘cuti’ tersebut datangnya dari ahli DAP sendiri, iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang beriya mengatakan apabila dakwaan dikenakan, maka (orang yang didakwa) perlu mengambil cuti.
Sudah menjadi resam pembangkang jika kesalahan terbabit berlaku dalam kalangan pemerintah UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan terus ‘mencanang’ dan berteriak supaya individu berkenaan ‘direhatkan’ sebentar dari jawatan, tetapi ‘diam seribu bahasa’ apabila ianya terkena pemimpin parti sendiri.
Lihat sendiri kenyataan Tony Pua yang dipetik pada 22 Mac 2016 seperti dilaporkan portal pro-pembangkang, Malaysiakini di pautan ini ; https://m.malaysiakini.com/news/334766 yang mempertahankan Guan Eng dari bercuti kononnya masih belum didakwa seperti digesa Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan diharap agar beliau tidak mudah lupa dengan kata – kata yang diucapkan oleh beliau sendiri.
Maka, wajarlah sekiranya Guan Eng melepaskan jawatannya seketika sehingga perbicaraan kes rasuah beliau yang dijangka mengambil masa selama 23 hari dengan tarikh perbicaraan yang ditetapkan adalah 26 Mac hingga 25 Mei selesai.

Sumber asal: SKANDAL RASUAH : BILA GUAN ENG NAK NAK BERCUTI SEPERTI GESAAN TONY PUA ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment