LANGSUNG: Ratusan berarak ke Parlimen walaupun polis beri amaran tangkapan
TMI · Diterbitkan pada 28 Mar 2018 11:20AM
Anggota polis menghalang peserta 'Himpunan Kalahkan Pencuri' yang berkumpul di Tugu Negara berarak ke Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
WALAUPUN jalan ditutup dan diugut akan ditangkap, hampir 800 orang mengabaikan arahan polis dan berarak ke pintu Parlimen hari ini untuk membantah laporan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perarakan itu yang dianjurkan oleh kumpulan pendesak perubahan pilihan raya Bersih 2.0 bermula jam 8.00 pagi hari ini di Tugu Negara apabila hampir 50 orang memakai baju berwarna kuning dan memegang plakad mendesak pilihan raya telus dan adil diadakan dan pembatalan cadangan persempadanan semula.
Khalayak perarakan semakin bertambah apabila pemimpin kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang- termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Tugu Negara untuk menyertai penujuk perasaan.
Lengkap dengan tongkat, gas pemedih mata dan perisai, pegawai daripada Pasukan Penggempur Ringan (LSF) bersama-sama anggota polis cuba menghalang khalayak hampir 800 orang itu untuk berarak ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.
Polis sebelum ini memberi amaran yang mereka yang berarak ke Parlimen akan ditahan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Bagaimanapun, amaran itu tidak melemahkan semangat penunjuk perasaan yang terus berarak ke Parlimen di bawah pengawasan ketat polis.
Kumpulan masyarakat sivil dan ahli politik pembangkang mengatakan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya untuk Selangor dicadangkan SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menyebabkan gerimander dan salah perwakilan di negeri itu.
Penunjuk perasaan menunggu arahan penganjur di sepanjang Jalan Parlimen pada perarakan membantah usul persempadanan semula yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
Mereka yang menyertai perarakan hari ini mengatakan Najib akan membentangkan laporan persempadanan semula di Parlimen hari ini untuk “mencuri Pilihan Raya Umum ke-14”, menambah yang gerimander yang dilakukan terlalu ketara.
Penunjuk perasaan akhirnya dihentikan daripada mendekati pintu pagar Parlimen yang dikepung polis, berhenti di sepanjang Jalan Parlimen menunggu arahan penganjur sambil menyanyikan lagu “Kita Lawan” dan slogan perubahan pilihan raya.
Di luar bangunan Parlimen, Pemangku Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai Jabatan Speaker Dewan Rakyat.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos yang dilaporkan berkata semalam akan membawa 5,000 orang untuk menentang perarakan Bersih tidak muncul.
The Malaysian Insight akan terus membawa lintas langsung perkembangan prosiding di luar dan dalam Parlimen.
12.15pm: Shahrul memberitahu hadirin untuk bersurai. Perarakan tamat.
12.15pm: LSF dipanggil pulang.
11.55am: Pemangku Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari hari ini mengatakan Bersih 2.0 terpaksa berunding sekurang-kurangnya tiga kali dengan polis sebelum wakil mereka dibenarkan memberikan memorandum kepada Pejabat Speaker.
“Matlamat memorandum ini adalah untuk memberitahu speaker yang tindakan persempadana semula tidak perlu dibincangkan di Parlimen,” katanya.
11.44am: Pemangku Pengerusi Bersih, Shahrul Aman Mohd Shaari menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai Pejabat Speaker Dewan Rakyat.
11.40am: Penunjuk perasaan masih bersemangat walaupun matahari semakin membahang. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu Kita Lawan.
11.18am: Pasukan Penggempur Ringan bersedia dengan tongkat dan gas pemedih mata.
11.14am: Polis diarahkan untuk memastikan penunjuk perasaan tidak dapat melalui Parlimen.
11.09am: Penunjuk perasaan sekarang berjumlah kira-kira 800 dan bergerak ke Parlimen. Polis membentuk barisan.
11.00am: Polis bergerak mengunci pintu masuk Parlimen.
Beberapa pemimpin pembangkang memasuki Parlimen walaupun pintu utama ke Parlimen dikunci. Perdana Menteri Najib Razak dijangka membentangkan usul persempadanan semula pada jam 11.30 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
10.43am: Ketua Polis Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata jika orang ramai cuba melawan Pasukan Penggempur Ringan, mereka akan ditahan.
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berucap kepada peserta 'Himpunan Kalahkan Pencuri' di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
10.31am: Dr Mahathir Mohamad berkata Najib menguasai semua agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini dan juga memperkenalkan akta anti berita palsu untuk mendiamkan pengkritik.
"Dia boleh membeli polis, tentera, peguam negara dan SPRM. Saya yakin mereka yang terpaksa mengikut Najib juga akan menolaknya semasa pilihan raya. Wang yang diterima daripada Najib adalah haram. Ia tidak halal.
"Inilah cara mereka mendiamkan pengkritik Najib. Segala yang dilakukannya tidak boleh dipersoalkan. Derma dalam akaunnya, itu adalah berita palsu."
10.23am: Calon perdana menteri Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata mereka berkumpul kerana sudah hilang harapan terhadap demokrasi Malaysia.
"Negara ini kini merupakan negara kleptokrasi. Mereka akan menindas rakyat dengan apa sahaja cara yang boleh. Mereka akan menggunakan undang-undang terpilih. Jangan takut jika anda diugut."
10.20am: Nurul Izzah Anwar daripada PKR berkata rakyat Malaysia berkumpul hari ini kerana cintakan negara. Beliau juga mengatakan polis yang hadir pada hari ini bersedia untuk menangkap Jho Low kerana terlibat dengan jenayah 1Malaysia Development Berhad.
10.14am: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan laporan persempadanan semula hari ini untuk "mencuri pilihan raya" pada Pilihan Raya Umum ke-14.
10.04am: Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata laporan persempadanan semula SPR tidak berpelembagaan kerana ia melanggar hak rakyat Malaysia untuk memperoleh pilihan raya yang bebas dan adil.
9.45am: "Suami saya memberitahu sebelum kita mati dipatuk ular, sekurang-kurangnya cuba memukulnya dahulu dengan kayu. Kehadiran saya hari ini mungkin tidak mampu mengubah apa-apa memandangkan situasi yang berlaku sekarang, tetapi sekurang-kurangnya saya cuba," kata Sangeetha Raj, 40, yang turut menghadiri himpunan.
9.32am: John Yap, 50, dari Selangor berkata: "Saya pernah menyertai perhimpunan Bersih sebelum ini. Perasaan takut ditangkap polis tidaklah begitu terasa," katanya yang hadir sejak jam 7.45 pagi tadi.
"Amalan persempadanan semula tidak mempengaruhi kawasan saya tetapi saya bukan bimbangkan kawasan saya. Saya prihatin terhadap negara secara umum. Gerimander yang dilakukan terlalu ketara."
Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut hadir pada 'Himpunan Kalahkan Pencuri' di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
9.25am: Tokoh agama Buddha Dr Sumana Siri turut menyertai perhimpunan.
"Adalah kewajipan moral kita, jangan fikir tentang diri sendiri sahaja tetapi untuk rakyat. Kerajaan hari itu melakukan perkara bukan hanya salah dari segi moral tetapi juga undang-undang," katanya.
9.15am: Bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Ambiga Sreevenasa mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang datang menyertai himpunan hari ini.
Beliau hadir dengan dua tujuan utama iaitu menentang laporan persempadanan semula yang disediakan SPR dan cadangan undang-undang anti berita palsu.
"Kita langsung tidak menerima laporan SPR dan akta berita palsu. Kenapa mereka takut sangat?
"Mereka takut satu orang, satu undi. Oleh itu, laporan SPR ini menentang satu undi satu rakyat.
"Mereka mengambilnya daripada kita dengan laporan itu. Kita tidak boleh membenarkannya. Mengapa mereka tergesa-gesa hendak melulusan laporan itu. Hari ini dengan laporan ini mereka mencabar demokrasi.
"Kita perlu menentangnya dan menolak laporan ini."
9.00am: "Tidak, saya tidak takut. Saya di sini untuk satu sebab - menolak gerimander dalam pilihan raya akan datang. Jika mereka tidak menerimanya, kita perlu berusaha," kata peniaga Zainal Abidin (gambar), 55, dari Simpang Renggam.
Beliau menyertai protes jalanan sejak 1999.
"Saya tidak takut jika ditangkap. Ini perkara biasa. Inilah risiko yang saya sanggup terima," kata Zainal.
8.55am: Ketua Polis Dang Wangi, Shaharudin Abdullah berkata hanya 10 orang akan dibenarkan ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan.
"Kami membenarkan anda berkumpul di sini tetapi tidak akan ada perarakan. Kami hanya boleh membenarkan kira-kira empat hingga 10 orang sahaja untuk menyerahkan memorandum."
8.51am: Polis menghalang jalan dari Tugu Negara menuju ke Parlimen. Turut kelihatan Pasukan Penggempur Ringan yang sudah bersiap sedia.
8.45am: Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Tugu Negara.
Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilihat hadir pada 'Himpunan Kalahkan Pencuri' di Tugu Negara, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018
8.44am: Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata mereka akan terus berarak ke Parlimen.
"Pilihan raya dicuri daripada kami. Laporan persempadanan semula ini tidak adil. Kami akan membantah perkara ini."
8.26am: Ketua Polis Dang Wangi, Shaharudin Abdullah memberi amaran kepada Bersih akan bertindak jika mereka meneruskan rancangan berarak ke Parlimen.
8.18am: Sekitar 200 orang berkumpul di Tugu Negara dengan berpakaian bewarna kuning. Pengerusi Bersih 2.0, Shahul dan bekas pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah turut hadir. – 28 Mac, 2018.
Orang ramai mula berkumpul di Tugu Negara untuk berarak ke perkarangan Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mac, 2018.
* Berkaitan: Polis akan panggil penganjur ‘Himpunan Kalahkan Pencuri’

Sumber asal: LANGSUNG - berarak ke Parlimen: Mereka tak hirau amaran Polis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment