Wednesday, 28 March 2018
DIPERGUNA APA PULAK CIK AZALINA, BUKANKAH TUN MAHATHIR KETUA PAKATAN HARAPAN?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mendakwa Tun Mahathir Mohamad telah digunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka apabila bekas Perdana Menteri itu dibawa menyertai sessi taklimat Rang Undang-Undang Berita Palsu di Parlimen, semalam.
"Saya pun tidak pasti bagaimana Tun Mahathir boleh masuk, tapi biarlah dia masuk, nak buat macam mana.
"Saya buat taklimat untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang saja...kalau mereka nak panggil Tun Mahathir, saya nak buat macam mana? Itu hak merekalah," kata Azalina.
Untuk itu, katanya, Tun Mahathir telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka.
"Saya tak salahkan Tun Mahathir, tapi dia telah dipergunakan oleh pembangkang. Saya kesian dengan Tun Mahathir," tambahnya lagi.
Ada dua isu yang menjadi persoalan berhubung kenyataan Azalina ini.
Pertama, beliau menyatakan sessi taklimat itu adalah tertutup untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, tetapi dalam masa yang sama juga menyatakan, "kalau mereka nak panggil Tun Mahathir, saya nak buat macam mana? Itu hak merekalah."
Ini bermakna, meskipun sess taklimat itu adalah tertutup, tetapi Azalina sendiri mengesahkan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi Ahli-Ahli Parlimen pembangkang untuk menjemput sama Tun Mahathir menghadirinya.
Jika demikian, apa isunya dan di mana salahnya Tun Mahathir hadir dalam taklimat berkenaan undang-undang berita palsu yang kontroversi itu?
Kedua, Azalina juga menyatakan Tun Mahathir telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghadiri sessi taklimat itu untuk kepentingan politik mereka.
Hello Cik Azalina...dipergunakan apa pulak?
Bukankah Tun Mahathir sekarang adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan sedang mengetuai gabungan pembangkang untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN?
Jika Tun Mahathir sendiri sedang mengetuai gabungan pembangkang dan duduk bersama dengan pihak pembangkang, di manakah logiknya beliau telah dipergunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka?
Mimpi ke Cik Azalina?
Adakah Azalina sebenarnya beranggapan Tun Mahathir masih lagi ahli UMNO sekarang ini, maka kehadirannya dalam sessi taklimat itu dianggap telah dipergunakan oleh pembangkang? (ShahbudinHusin 28/03/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 07:41

Sumber asal: Azalina salah tembak.......peluru kapurnya tersasar!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment