Tiga orang ahli Parlimen daripada parti DAP diarahkan keluar daripada mesyuarat Dewan Rakyat selama 10 hari kerana menghina institusi Parlimen dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Mereka ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah). Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerusi pemasyhuran di Dewan Rakyat semalam.
Usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ahli Parlimen Beruas, juga tindakan Yang Berhormat ahli Parlimen Taiping dan Yang Berhormat ahli Parlimen Batu Gajah yang membuat kenyataan tidak wajar di media serta enggan memohon maaf merupakan satu perbuatan yang menghina majlis mesyuarat.
Mereka juga tidak mengendahkan kuasa yang dipertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat dan juga satu perbuatan penyalahgunaan peraturan mesyuarat yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Yang Berhormat.
Semua perbuatan dan kenyataan-kenyataan secara bersama yang dibuat oleh ketiga-tiga Yang Berhormat adalah suatu penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi dewan ini dan bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang mencemarkan nama baik Dewan Rakyat.
Tindakan untuk menggantung mereka selama 10 hari untuk tidak menghadiri sidang dewan adalah perkara yang terlalu ringan hukumannya. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan sikap KURANG AJAR mereka.

Sumber asal: PEMIMPIN DAP PURA-PURA TIDAK TAHU UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DEWAN RAKYAT
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment