PROJEK RAKYAT YANG MEMBAWA MANFAAT BESAR BUAT RAKYAT

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 28 March 2018

PROJEK RAKYAT YANG MEMBAWA MANFAAT BESAR BUAT RAKYAT.
Kerajaan Pusat kini dilihat serius dan banyak memberi perhatian kepada projek-projek yang menfokuskan kepada keperluan dan kehendak utama rakyat di Malaysia. Jesteru itu, ketika pemerintahan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, kita dapat lihat banyak projek-projek rakyat yang kini diberi keutamaan untuk dilaksanakan selari dengan tema 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Tetapi hal yang berbeza pula dibuat di awal tahun 1990-an ketika era kegawatan ekonomi 1997, di mana kerajaan ketika itu memilih untuk mengutamakan projek-projek mega yang bersifat ikonik dan menguntung sesetengah pihak sahaja. Projek-projek seperti Litar Sepang F1, KLCC, KLIA dan sebagainya dijadikan projek utama negara yang mana tidak memberi sebarang kepentingan buat rakyat. Contohnya Litar Sepang F1 yang hanya terhad kepada peminat-peminat permotoran sahaja dan tidak menyeluruh untuk rakyat.

Namun yang demikian, perubahan mendadak kerajaan yang kini lebih peka kepada kehendak rakyat diterjemahkan dengan pembinaan lebih banyak projek berjiwa rakyat semenjak Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan. Salah satu projek yang membawa perubahan dan memberi impak besar buat rakyat di Borneo adalah projek lebuhraya tanpa tol Pan Borneo.

Lebuhraya Pan Borneo adalah sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional ketika Pilihanraya Umum ke-13. Projek mega ini kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2015 untuk direalisasikan dan kini sedang dalam proses pembinaan.

Lebuhraya ini akan menyediakan kesalinghubungan yang amat diperlukan antara kawasan pedalaman dan kawasan bandar di Sabah dan Sarawak. Projek ini juga memberikan jaminan penyertaan kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pembangunannya melalui Program Penyertaan Bumiputera.

Dengan lebuhraya ini, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan mampu menikmati perjalanan di dalam dan di antara negeri dengan lebih selamat dan selesa, selain mengurangkan kos pengangkutan serta membawa pembangunan dan peluang ekonomi kepada kawasan yang dihubungkan dan juga kawasan di sepanjang lebuhraya. Ia sekaligus membawa banyak manfaat kepada masyarakat tempatan, terutamanya di kawasan pedalaman.

Di samping itu, projek seperti MRT Lembah Klang (KVMRT) juga adalah salah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia setakat ini. Projek ini disenaraikan sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang akan mendorong integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar.

Lebih manis lagi, projek MRT Fasa 1 menghubungkan Sungai Buloh-Kajang sudah pun siap lebih awal dari jangkaan dan telah digunakan rakyat Malaysia. Manakala projek MRT Fasa 2 yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pula dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun 2022. Rata-rata rakyat yang telah menggunakan pengangkutan awam MRT ini berpuas hati dengan perkhidmatan moden yang disediakan Kerajaan kerana teknologi moden.

Selain daripada itu, projek-projek lain yang dibakal dijalankan adalah seperti pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung. Projek keretapi berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, dengan kelajuan unjuran 300 km/h juga akan dibina. Ia dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar-bandar kepada 90 minit, berbanding dengan 5 jam melalui jalan raya. Projek ini bakal memantapkan lagi sistem pengangkutan darat negara.

Akhir sekali projek Lapangan Terbang Tambang Murah atau dikenali KLIA2 yang telah siap tahun 2013 adalah manifestasi kesungguhan kerajaan memajukan sektor ini di mana Kerajaan mahukan lapangan terbang tambang murah yang lebih selesa dan moden kepada penggunanya. Syarikat Low Cost Carrier (LCC) tempatan seperti AirAsia, Malindo Air dan Firefly adalah pemangkin kepada prasarana yang disediakan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan terbaik buat syarikat penerbangan tempatan dan rakyat.

Pendek kata, projek-projek yang diusahakan Kerajaan Pusat banyak mendatangkan kebaikan buat rakyat dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung juga, ianya juga mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, merancakkan lagi ekonomi negara dan penduduk serta memantapkan lagi sistem pengangkutan negara. Kemudahan-kemudahan ini jelas memberi keselesaan dan kebaikan buat rakyat. Apa yang jelas, semua projek ini dilaksanakan adalah demi manfaat rakyat dan bukannya demi kroni seperti mana yang dilakukan pemimpin terdahalu.

Sumber asal: PROJEK RAKYAT YANG MEMBAWA MANFAAT BESAR BUAT RAKYAT

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment