PAKATAN HARAPAN TIDAK DAPAT DIDAFTARKAN? SALAH PPBM

Posted by Kerah Lekung on Thursday 29 March 2018

PAKATAN HARAPAN TIDAK DAPAT DIDAFTARKAN? SALAH PPBM.
Pakatan Harapan mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional cuba untuk mensabotaj pakatan berkenaan dengan tidak membenarkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH). PH telah menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas.

Namun, hakikatnya, Pakatan Harapan perlu disalahkan, khususnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), agensi yang dituduh menghalang pendaftaran PH telah mendedahkan bahawa PH tidak dapat didedahkan berpunca daripada kegagalan PPBM untuk menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

“Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan (PH) buat masa ini masih tidak dapat diproses,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 9 Mac lepas, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Dengan kegagalan PPBM menyerahkan dokumen-dokumen, status parti berkenaan tidak sah. Status ini seterusnya mempengaruhi pendaftaran PH yang memerlukan parti-parti kompenennya berstatus sah. Oleh itu sebelum menunding jari kepada ROS, parti-parti Pakatan Harapan sepatutnya bertanya mengapa PPBM tidak mengamalkan pengurusan teratur.

Rakyat pula sepatutnya bertanya sama ada Pakatan Harapan yang ternyata tidak berkemampuan mengurus perlu dipercayai untuk mentadbir negara.

Sumber asal: PAKATAN HARAPAN TIDAK DAPAT DIDAFTARKAN? SALAH PPBM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment