MP PAN MARAH AZEEZ RAHIM SAMPAI SANGGUP CAKAP KALAU SAYA TUHAN

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 March 2018

MP PAN MARAH AZEEZ RAHIM SAMPAI SANGGUP CAKAP KALAU SAYA TUHAN .



 Keterlanjuran Hanipa Maidin (PAN-Sepang) mengibaratkan dirinya sebagai tuhan menimbulkan hingar-bingar di Dewan Rakyat, petang tadi.
Bibit kekecohan mula tercetus ketika Hanipa memberi laluan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) untuk mencelah sambil menitip pesanan: "Orang bodoh-bodoh jangan lama eh."




Bingkas menyuarakan persoalan dengan santun dan nada bersahaja, Abdul Azeez meminta hujahan dan sindiran disuarakan perlu bersifat adil, tanpa mengira anggota pembangkang mahu pun kerajaan.
Katanya, kesanggupan pembangkang membuat derma kilat kononnya untuk menampung kos guaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi melawan pelbagai tohmahan juga perlu terpakai terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh).
"Yang Berhormat Pagoh pun kena bela juga Sepang (Hanipa) sebab beliau (Muhyiddin) pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan bini (isteri) orang," katanya.
Mengelak daripada menjawab soalan itu, Hanipa sebaliknya berkata, undang-undang menangani berita palsu mungkin menjadi 'senjata makan tuan' terhadap Barisan Nasional (BN) selepas pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Jadi jangan ingat kamu semua selamat," katanya lantas mengundang reaksi balas Abdul Azeez yang menyifatkan kenyataan itu sebagai takbur dan riak kerana hanya tuhan mempunyai kuasa menentukan segala-galanya.
Terkenal dengan kelantangan ketika berbahas, Hanipa yang juga seorang peguam berkata: "Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Abdul Azeez).
"Sebab saya tak tuhan, tuhan jadikan juga orang macam kamu," katanya lantang sambil menepuk dada kiri dan menuding ke arah Abdul Azeez.
Tindakan itu pantas menghangatkan suhu perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar, selain menyaksikan kesepakatan beberapa Ahli Parlimen BN bangkit mengaminkan doa dibaca Abdul Azeez supaya Hanipa diberi petunjuk untuk bertaubat.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang bangkit mencelah ketika suasana dewan bertukar gamat cuba menarik bekas ahli parti serpihan itu kembali ke jalan benar.
"Apabila ada perdebatan secara keras membabitkan isu agama, bila kita menyebut, kalau saya tuhan, saya rasa tidak cantik dan manis.
"Ini kerana Allah bersifat pengasih dan maha penyayang. Mungkin kesilapan kerana kita sedang berdebat, mungkin kita betulkan balik mengikut fakta agama.
"Itu nasihat tulus daripada saya tanpa niat jahat terhadap Sepang, sahabat yang saya sayang," katanya memberi isyarat supaya Hanipa menarik balik kenyataan berkenaan.
Hanipa menyanggah permintaan itu tidak perlu dituruti kerana menggunakan perkataan 'kalau' ketika menyentuh mengenai peranan tuhan ketika menyampaikan perbahasannya.
"Saya tidak akan menarik balik kenyataan. Kuala Nerus (Mohd Khairuddin) tak boleh pakai, kamu lagi saya tak hormat," katanya mencemuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang cuba meleraikan keadaan.
Mohd Khairuddin yang sebelum itu kelihatan tenang gagal mengawal emosi apabila berkeras mendesak Hanipa menarik balik kenyataannya, selaras syariat dan akidah Islam, selain hadis Nabi Muhammad.
Hanipa lantas menjawab: "Saya juga belajar agama, please lah (tolonglah). Saya tidak akan tarik balik kerana tahu apa yang dicakapkan.
"Diamlah, kepala otak kau," katanya membidas teguran bertali arus Mohd Khairuddin yang hanya disifatkan sebagai cubaan menjual agama.

Sumber asal: MP PAN MARAH AZEEZ RAHIM SAMPAI SANGGUP CAKAP KALAU SAYA TUHAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment