Rakyat khususnya masyarakat luar bandar perlu menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang tidak ikhlas membantu mereka, sebaliknya berjuang atas kepentingan peribadi. Meskipun dikatakan akan bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi perjuangan PPBM bukanlah untuk kepentingan kaum itu.
Perjuangan mereka hanya hendak menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja, perjuangan PPBM tidak ada langsung nampak ada agenda hendak membangunkan masyarakat Melayu dan bumiputera.
Tidak ada cerita apa yang mereka hendak lakukan kepada masyarakat Melayu, luar bandar, Orang Asli, masyarakat Felda dan sebagainya tetapi yang disebut adalah untuk menumbangkan Kerajaan. Dalam pada itu, saya menaruh keyakinan meskipun PPBM bertanding di kawasan majoriti Melayu dan bumiputera, parti itu akan ditolak oleh pengundi setempat.
Di samping itu, dalam melaksanakan kempen, PPBM dilihat hanya mengambil kesempatan muncul di tempat awam dan tidak mempunyai program sendiri.
Dalam sesuatu perjuangan, ia memerlukan sesuatu yang benar-benar ikhlas dan tiada kepentingan diri. Kalau Dr. Mahathir benar-benar ikhlas, segala apa kekayaannya termasuk anak-anaknya, sepatutnya digunakan untuk membantu PPBM.
Namun, Dr. Mahathir memperalatkan orang ramai yang mempercayainya sehingga sanggup berhabis duit demi PPBM bagi kepentingan diri dan keluarga beliau serta kroni-kroninya sahaja.
Sehubungan itu, ahli-ahli PPBM diminta supaya meninggalkan Dr. Mahathir yang jelas tidak berprinsip apabila dengan mudah membuat pusingan U pada bila-bila masa.

Sumber asal: PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment