Ia dibuat berikutan satu laporan yg dikeluarkan oleh INVOKE yang mengandungi kajian serta ramalan terhadap keputusan PRU14 berdasarkan kpd maklum balas dan reaksi drpd 17 juta rakyat Malaysia.
1.Persoalannya apakah INVOKE memperolehi data-data peribadi rakyat Malaysia ini secara sah ?
2.Adakah INVOKE terlibat dalam pencurian data peribadi berjuta rakyat Malaysia ?
3.Siapakah (SUMBER) yang memberikan data-data ini kepada INVOKE ?
4.Apakah INVOKE mendapat kebenaran Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia untuk menyimpan dan menggunakan data-data tersebut ?
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pusat kaji selidik propembangkang, Invoke Malaysia yang didakwa telah menceroboh lebih 17 juta data peribadi rakyat negara ini.
Aduan itu dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia secara berasingan di sini.
Menurut Ibdillah, pihaknya berbuat demikian supaya satu siasatan dapat dijalankan segera terhadap pusat kaji selidik itu ekoran wujudnya elemen meragukan berkenaan kaedah digunakan dalam menghasilkan laporan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, Invoke Malaysia yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dipersoal sama ada mereka mendapatkan data peribadi secara sah atau mencuri kerana mereka dikatakan berjaya menghubungi lebih 17 juta rakyat Malaysia.
“Setelah diteliti, pusat kajian ini telah menggunakan data haram kerana diperoleh secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran.
“Sehubungan itu, Pemuda UMNO gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat dakwaan pencerobohan ini dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Sumber asal: MAKLUMAT PERIBADI RAKYAT MALAYSIA DICURI INVOKE ?? #SOULJER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment