KATA RAKYAT SOKONG PAKATAN, KENAPA NGERI DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA?

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 March 2018

KATA RAKYAT SOKONG PAKATAN, KENAPA NGERI DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA?.
KITA sudah saksikan bagaimana Pakatan Harapan mengelabah ‘biawak’ apabila Perdana Menteri mahu membentangkan laporan persempadanan semula oleh SPR pada 28 Mac 2018 di Dewan Rakyat.

Mereka telah mendesak balaci-balaci untuk keluar membuat ‘kacau’ di Taman Tugu seterusnya berarak ke Bangunan Parlimen seawal jam 9.00 pagi hari berkenaan.

Kononnya mahu melewat-lewatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat. Soalnya, kenapa terlalu takut kepada Najib dan persempadanan semula?

Bukankah setiap hari dari subuh membawa ke tengah malam di seluruh negara, Pakatan Harapan
tidak berhenti memberitahu kita bahawa seluruh rakyat sudah bangkit menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tidak henti-henti Pakatan Harapan membayangkan bahawa rakyat sudah tidak sabar untuk membuang undi bagi mengalahkan kepimpinan Najib dan BN di tanah Melayu ini.

Jika benar begitu, kenapa pula Pakatan Harapan amat ‘elergic’ bila mendengar tentang persempadanan semula ini? Kenapa mereka amat bersungguh-sungguh mahu menghalang Perdana Menteri membentangkan laporan berkenaan?

Sehinggakan sanggup mengerah kira-kira 200 orang berpanas di jalan raya serta sanggup ‘mengorbankan’ Lim Kit Siang sehingga dia digantung dari Dewan Rakyat selama 6 bulan?

Andai kata Pakatan Harapan telah berjaya mendapat sokongan jutaan rakyat Malaysia, berlaku gentleman lah kepada persempadanan semula ini.

Sebaliknya semua ini sekadar wayang sahaja. Pada hakikatnya, Pakatan Harapan sudah dapat menghidu bahawa mereka bakal kalah teruk di kaki BN dalam PRU14 kali ini.

Untuk mengurangkan debaran bakal kalah teruk itu, maka Pakatan Harapan terpaksa menyebarkan pelbagai propaganda untuk memburuk-burukkan BN agar persepsi ini terpahat di fikiran para rakyat. Shame on you, Pakatan Harapan! – TV14

Sumber asal: KATA RAKYAT SOKONG PAKATAN, KENAPA NGERI DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment