Mana-mana negara di dunia ini, amat menyanjungi institusi Parlimen mereka. Terlalu jarang kita dengar, rakyat sanggup merempuh ke Parlimen hanya kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. Jika ada sekalipun, mereka memilih untuk berhimpun di jalan raya seperti mana yang berlaku di Mesir, Tunisia, Thailand dan beberpa negara di Eropah.
Namun, lain pula halnya dengan para penyokong pembangkang di negara ini. Hari ini, bertempat di Tugu Negara, para penyokong pembangkang turun mengadakan demonstrasi bagi membantah pembentangan Persempadanan Semula yang bakal dibentangkan di Parlimen hari ini.
Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu berarak ke Perkarangan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pada awalnya, himpunan ini berjalan dengan tenang sehinggalah selesai ucapan dari Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya tiada perarakan berlaku sepanjang perhimpunan. Para peserta dibenarkan untuk terus berhimpun di sekitar kawasan Tugu Negara dan hanya 10 orang wakil perserta himpunan ini sahaja dibenarkan ke Parlimen.
Namun, sebaik sahaja senarai 10 nama wakil peserta perhimpunan diumumkan, para peserta yang dianggarkan kira-kira 200 orang mula menyelinap untuk mengiringi 10 orang wakil berkenaan.
Keadaan bertukar menjadi tegang apabila para peserta tetap berdegil untuk ke Parlimen dan mula melanggar arahan pihak polis untuk tidak berarak. Ada diantara mereka bertindak berani dengan merempuh halangan daripada pihak polis sehingga keadaan menjadi tegang.
Mujur tindakan pantas pihak polis yang mengadakan sekatan di pintu masuk utama bangunan Parlimen berjaya menyekat kemaraan peserta yang dilihat seperti sudah hilang pertimbangan diri.
Apa yang disaksikan kira-kira jam 11 pagi tadi jelas sekali menampakkan, mereka sudah hilang hormat dan kepatuhan kepada undang-undang. Mereka kerap kali melaungkan bahawa mereka memperjuangkan bersih dan keadilan seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan. Namun, tingkah laku peserta himpunan ini sendiri menampakkan sebaliknya.
Bayangkan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak, apakah rupa an bentuk sistem pentadbiran yang akan mereka praktikkan? Mereka sama sekali gagal untuk patuh kepada arahan dari pihak polis dan ini menampakkan bahawa, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja asalkan matlamat dan kemahuan mereka tercapai walaupun bertindak diluar batas undang-undang.

Sumber asal: Ini Rupa Mereka Yang Mahu Selamatkan Malaysia?Langgar Arahan Pihak Berkuasa...Kan Bangang Tu
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment