LIEW CHIN TONG PENYEBAR BERITA PALSU
Di dalam kenyataan media beliau hari ini, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Johor dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, menyebut mengenai tiga langkah Datuk Seri Najib Razak untuk menghapuskan Pakatan Harapan.
Langkah kedua Datuk Seri Najib adalah kononnya untuk mengekang media digital di mana, kata Liew Chin Tong, “penggantungan portal berita The Malaysian Insight dan pelbagai kumpulan media sosial berpengaruh dalam minggu-minggu pilihan raya umum boleh dilihat sebagai usaha Najib untuk mengawal dan menekan media dalam talian” manakala “Rang Undang-Undang Berita Palsu juga mungkin akan disalahgunakan sewaktu pilihan raya”.
Gambaran yang diberikan oleh kenyataan media Liew Chin Tong ini adalah penggantungan portal berita The Malaysian Insight dibuat oleh pihak kerajaan dan berpunca daripada tindakan pihak kerajaan “untuk mengawal dan menekan media dalam talian”.
Walhalnya, Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq, pada 23 Mac lalu menyebut bahawa penggantungan/penghentian operasi The Malaysian Insight ini adalah dibuat oleh pihak The Malaysian Insight sendiri, bukannya oleh pihak kerajaan.
Alasan yang diberikan oleh Jahabar Sadiq ke atas penggantungan/penghentian operasi The Malaysian Insight ini adalah “kerana persekitaran kewangan yang mencabar” dan “kerana (ia) terlepas jangka masa perancangan utama untuk memperkenalkan sistem pembayaran berita, serta trafik laman(nya) juga tidak mencapai tahap sasaran yang ditetapkan”.
Inilah perangai pemimpin DAP, sanggup menyebarkan berita palsu demi memarakkan sentimen kebencian rakyat bukan sahaja kepada PAS malah juga kepada UMNO.
Dr. Kamarul Yusoff

Sumber asal: Tidak hairanlah mengapa pemimpin DAP begitu kuat sekali menentang Rang Undang-Undang Berita Palsu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment