Semua 250 ahli PKR Ranting Pangkor dan Pasir Bogak di cabang Lumut di sini hari ini mengumumkan keluar parti
Tindakan keluar parti diketuai oleh Ketua Ranting PKR Pangkor, V.Subramaniam dan Ketua Ranting PKR Pasir Bogak, Shawal Hamid Pitchai Nagoor Samsu.
Menurut Subramaniam, tindakan tersebut sekaligus menyebabkan kedua-dua ranting berkenaan terbubar.
Tambahnya, tindakan itu diambil mereka berikutan kecewa dengan kepemimpinan parti khususnya peringkat cabang berkenaan yang didakwa menganaktirikan peranan mereka selain suara mereka tidak didengar.
“Kami juga bertindak keluar kerana sangat kecewa dengan kepimpinan PKR yang tidak mengambil tahu masalah dan kesulitan kami di sini.
“Malah mereka amat jarang turun padang.Nampak muka pun hanya setahun sekali dengan kali terakhir mereka datang bulan Oktober tahu lalu. Itupun kerana ada kematian di sini,” katanya
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Hotel Puteri Bayu Beach Resort di sini hari ini yang turut disertai 100 bekas ahli PKR kedua-dua ranting berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: PKR LUMUT “KARAM” KE LAUT SELEPAS 250 AHLINYA KELUAR PARTI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment