Saturday, 31 March 2018
JIKA BEGITU, KENAPA UMNO TAK BUAT PROGRAM DENGAN KEHADIRAN 10 ORANG SAJA?
Barangkali kerana terganggu dengan jumlah kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program-program Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad, terbaru di Kedah dan Perlis sehari dua yang lalu, menteri pengampu, Salleh Said Keruak seolah-olah cuba mententeramkan rasa gundah gulana seluruh pimpinan UMNO, khususnya Najib Razak dengan mengatakan ramainya yang hadir itu tidak menjamin undi yang banyak ketika PRU 14 nanti.
Katanya, jumlah besar yang hadir dalam ceramah Pakatan Harapan tidak bermakna mereka juga akan memperolehi undi yang banyak.
"Masalah dengan pembangkang ialah mereka selalu mengambil kira jumlah yang hadir dalam ceramah sebagai suatu bentuk undi, sedangkan perkara itu belum menjadi kenyataan lagi," kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Memang tidak siapa menafikan bahawa kehadiran dalam ceramah bukan jaminan undi yang banyak, tetapi oleh kerana politik adalah perebutan berkaitan nombor, maka jumlah kehadiran dalam sesuatu program atau majlis adalah amat penting sekali.
Ia setidak-tidaknya memberi gambaran program atau majlis yang diadakan itu telah mendapat sambutan ramai.
Dengan hangatnya sambutan yang diterima, ia bukan saja dapat menaikkan semangat penganjur serta penceramah, bahkan mendorong mereka yang lain untuk turut hadir dalam program atau majlis yang akan diadakan selepas itu.
Dengan yang demikian, program-program yang diadakan akan sentiasa mendapat sambutan, sekaligus menyebabkan lebih ramai rakyat atau pengundi dapat mendengar penerangan berkaitan masalah negara, skandal pemimpin dan sebagainya.
UMNO sendiri pun sebenarnya begitu mementingkan jumlah yang ramai dalam program-program yang diadakannya, terutama jika melibatkan kehadiran Perdana Menteri.
Untuk itu, adalah perkara biasa - dulu, kini dan selamanya - bagi UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya.
Tidak cukup dengan itu, kadangkala pelajar sekolah, penuntut universiti, pegawai kerajaan, guru-guru dan peneroka Felda turut dikerah hadir semata-mata untuk mencipta berita palsu kononnya program yang diadakan itu mendapat sambutan ramai dan pemimpin yang berucap begitu digila-gilakan oleh rakyat.
Oleh kerana Salleh Said Keruak sudah pandai memperlekeh kehadiran yang ramai dengan mengatakan ia tidak menggambarkan undi yang banyak, maka UMNO wajib berani berubah mulai sekarang.
Usah lagi menyediakan bas, membayar upah kehadiran, memberi elaun makan, duit poket dan sebagainya dalam mana-mana program UMNO, terutama yang dihadiri oleh Najib.
Biarkan saja mereka yang mahu hadir datang secara ikhlas dan sukarela serta tanpa paksaan.
Jika dengan kehadiran yang sedikit pun, seperti kata Salleh, UMNO masih boleh menang sebagaimana beberapa contoh yang ditampilkannya, buat apa membazir wang dan tenaga memaksa kehadiran yang ramai?
Cuba dalam dua atau tiga program yang dihadiri Najib selepas ini, biarkan misalnya hanya 10 atau 100 orang saja yang hadir memeriahkannya, kemudian kita sama-sama lihat, adakah terjamin BN mampu menang dengan keadaan itu dalam PRU 14 akan datang? (ShahbudinHusin 31/03/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 17:26

Sumber asal: Kehadiran tidak cermin undi: Kenyataan Salleh disanggah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment