Rakyat Malaysia perlu 'move on' dan lupakan sejarah diantara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendominasi politik negara sejak 20 tahun lalu dan perlu memandang ke hadapan menuju ke arah kemajuan yang lebih tinggi.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, pergaduhan yang dicipta Mahathir dan Anwar sejak tahun 1998 sehingga 2013 sedikit sebanyak telah membuat rakyat telah 'kebelakang' dan 'ditarik' daripada perancangan yang telah dibuat.
"Sejak tahun 1998 sehingga 2013, rakyat Malaysia sebenarnya telah dihidangkan dengan drama keluarga Mahathir-Anwar. Dua keluarga ini telah hidangkan dalam sejarah Malaysia terhadap politik kebencian yang teramat sangat.
"Sepanjang mereka bergaduh inilah, sebenarnya kita terkebelakang dan ditarik sedikit. Lihat pada tahun 1998, ada reformasi, negara kita dimalukan, negara kita dihina, dicaci, ekonomi tak stabil. Ini semua melambatkan kemajuan negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk PRU14:Kenapa Barisan Nasional? yang dianjurkan oleh MyKmu.net dan disiarkan secara live menerusi laman facebook mereka.
Antara panel lain, Ketua Penerangan Pemuda MIC Punithan Paramsiven, Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil dan Editor AgendaDaily.com, Helme Hanafi yang bertindak sebagai moderator.
Kata Razlan lagi, selepas negara diperintah Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya diserahkan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, legasi Mahathir-Anwar ini telah dilepaskan selepas 20 tahun.
"Sebagai anak muda, kita sepatutnya tidak perlu fikir bahawa keluarga Tun Mahathir akan kembali semula ke dalam medan negara kita untuk mencorakkan semula politik negara. Tetapi...ini yang terjadi.
"Adakah anak muda nak lihat sejarah 22 tahun, yang mereka bergaduh, mencari tak habis-habis, politik kebencian mereka, hina menghina, teyaapi hari ini, boleh duduk semeja dan memaafkan sesama sendiri. Inikah yang anak muda mahu?
"Dosa keluarga Tun Mahathir apabila dia membuat konflik kepada keluarga Anwar dan dosa Anwar adalah apabila dia membuat konflik terhadap rakyat malaysia yang akhirnya kita terkebelakang sikit pembangunannya dek permainan polemik mereka," katanya.
Razlan berkata, 5 juta anak muda yang telah mendaftar sebagai pengundi seharusnya berfikiran matang dan memikirkan transformasi ke negara dengan lebih jauh.
"Tun Mahathir bermimpi, konon kata-kata yang dikeluarkan akan membuat orang sokong dia. Tapi itu semua sejarah. Hari ini adalah politik fakta dan masa depan. Kita perlu fikirkan keadaan negara untuk 20 tahun akan datang.
"Jangan kembali ke legasi lana. Rakyat Malaysia hanya dimainkan dengan persepsi. Kita perlu lihat kepada track record dan buku berhubung kejayaan yang telah dibuat oleh Barisan Nasional, bukan hanya berjanji sahaja.
"Bangun anak muda yanh bermaruah, jangan takut, lawan untuk masa depan kalian kerana kalian yang membuat keputusan," katanya akhiri forum.

Sumber asal: Move on... orang ramai diseru lupakan politik keluarga Mahathir dan Anwar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment