KENAPA PERLU TAKUT KEPADA AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR JIKA APA YANG DITULIS ITU BENAR??

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 March 2018

KENAPA PERLU TAKUT KEPADA AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR JIKA APA YANG DITULIS ITU BENAR??.
Akta Anti berita Tidak Benar merupakan satu bentuk undang-undang yang keterlaluan dan akan meningkatkan lagi masalah berita palsu kata seorang aktivis peguam liberal. Menurut laporan The Malaysian Insight, Eric Paulsen, yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty berkomentar berkenaan dengan akta yang baru dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

“Usul ini adalah satu bentuk undang-undang yang keterlaluan dan menambahkan lagi masalah berita palsu.” Menurut Eric lagi, usul itu juga tidak memberi definisi yang jelas tentang apa itu palsu dan sangat umum.

Katanya “Ianya menjenayahkan berita palsu sebagaimana diterangkan di dalam usul tersebut, “Apa-apa kandungan yang palsu sebahagian atau keseluruhannya”.

Beliau juga menggesa agar usul ini digugurkan daripada Aturan Mesyuarat. Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu sebelum ini pernah dilanda kontroversi kerana menuduh JAKIM menyebarkan ekstremisme dan menggesa kerajaan berbuat sesuatu.

“Jakim is promoting extremism every Friday. Government needs to address that if serious about extremism in Malaysia.”

Bukan itu saja malah beliau juga pernah menuduh “Mufti dan ulama-ulama adalah tidak waras dan obses dengan perhubungan seksual” seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.

Bagi kesalahan menyebarkan berita palsu, rang undang-undang tersebut mencadangkan penalti 10 tahun penjara atau denda sehingga RM100,000 dan RM3,000 sehari untuk setiap hari kesalahan menyebarkan berita palsu itu berterusan.

Sumber asal: KENAPA PERLU TAKUT KEPADA AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR JIKA APA YANG DITULIS ITU BENAR??

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment