MALAYSIAN MALAYSIA DAP HAPUSKAN ORANG MELAYU, DAP BENCI ORANG MELAYU

Posted by Kerah Lekung on Friday, 30 March 2018

MALAYSIAN MALAYSIA DAP HAPUSKAN ORANG MELAYU, DAP BENCI ORANG MELAYU.
DAP tidak akan sekali-kali memansuhkan konsep Malaysian Malaysia kerana mereka membenci orang Melayu dan ini membuktikan DAP parti yang bersifat rasis dan perkauman. Ini kerana konsep Malaysian Malaysia tidak sesuai langsung dengan jati diri kebangsaan rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Hakikatnya DAP enggan memansuhkan Malaysian Malaysia yang sekaligus menggambarkan parti berkenaan boleh dikategorikan sebagai parti politik yang sukar diterima di negara ini.

Konsep Malaysian Malaysia akan menghapuskan identiti Melayu di mana semua bangsa adalah sama rata dan DAP menghapuskan istilah bangsa. Mereka mahu setiap bangsa mempunyai hak dan keistimewaan yang sama rata dan ia sejajar dan seiring dengan Perlembagaan DAP yang menggariskan visi dan menghapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera. Selepas ini tiada lagi hak dan keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tiada lagi rizab Melayu, tiada lagi diskaun untuk bumiputera membeli rumah, tiada lagi kuota bumiputera dalam kemasukan universiti, tiada lagi kuota bumiputera untuk mendapatkan biasiswa, semuanya sama rata.

Konsep kesaksamaan ekonomi, kesamarataan kaum, agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar khususnya untuk sektor awam yang memonopoli Bumiputera. Kenapa DAP membenci Melayu dan Bumiputera? Sampai macam itu sekali DAP menghapuskan segala hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Adakah DAP sanggup memansuhkan konsep Malaysian Malaysia? Banyak pihak yang mencabar DAP agar boleh memansuhkan konsep Malaysian Malaysia.

Bolehkah DAP melarang kaum bukan Melayu memperkembangkan budaya dan adat mereka sebagaimana yang dilakukan oleh mereka terhadap kaum Melayu sekiranya mereka mewujudkan Malaysian Malaysia nanti? Adalah lebih adil jika DAP boleh bersikap adil terhadap kedua-dua kaum berkenaan lebih sama rata dan tidak ada berat sebelah kepada mana-mana kaum. Bukankah kalau DAP mewujudkan konsep Malaysian Malaysia, DAP perlu memperjuangkan adat dan budaya kaum lain sebagai satu misi nasional. Sebagaimana yang dilakukan dalam banyak perkara kerajaan tanpa prejudis

Kesimpulannya, DAP sememangnya parti rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu terus daripada sejarah Malaysia sebagaimana yang pernah terjadi di Singapura dan kini Pulau Pinang di mana hak-hak dan keistimewaan orang Melayu di Pulau Pinang mula diabaikan dan dipinggirkan.

Sumber asal: MALAYSIAN MALAYSIA DAP HAPUSKAN ORANG MELAYU, DAP BENCI ORANG MELAYU

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment