BN naikkan bantuan khas pesawah jika menang PRU14...Jangan Lah MEroyan Puak Cai PH Yer

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 28 March 2018

BN naikkan bantuan khas pesawah jika menang PRU14...Jangan Lah MEroyan Puak Cai PH Yer.
Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima berita gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan kenaikan bantuan khas pesawah jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Najib berkata beliau akan terus membuat pengumuman itu pada malam kemenangan BN bagi menghargai sokongan penuh golongan berkenaan kepada kerajaan sedia ada.

"Seandainya kerajaan BN diberikan sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya umum akan datang, malam kemenangan itu, saya umum kenaikan khas kepada pesawah padi. Malam itu juga saya akan umum kepada pesawah."

"Terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat keputusan bijak, hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki tambahan," katanya ketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di Jerlun Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz.

Perdana menteri berkata golongan pesawah tetap mendapat perhatian istimewa kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pengeluaran padi negara.

"Saya ingin tekankan bahawa pesawah padi merupakan golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Kita mesti memahami jerih payah keringat yang dicurahkan mereka sebagai pesawah padi," kata beliau.

Najib berkata antara usaha kerajaan membantu pesawah adalah dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk membangunkan sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

"Matlamat kita adalah untuk mencapai keluaran lapan tan setiap hektar berbanding sebelum ini sekitar 6.19 tan setiap hektar. Sekiranya kita dapat capai matlamat ini, pendapatan per kapita keluarga pesawah akan meningkat RM48,000 setahun. Ini matlamat kita untuk kawasan Mada," katanya.

Perdana menteri berkata semua bantuan yang diberikan kepada pesawah adalah sangat berbaloi dan sememangnya patut dilakukan kerajaan kerana mereka adalah golongan yang bekerja kuat.

Najib berkata tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan RM1.69 bilion untuk subsidi dan insentif pesawah di seluruh negara.

Pada majlis itu, perdana menteri turut melancarkan bantuan khas sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan untuk pesawah di seluruh negara.

Bayaran khas sebanyak RM600 itu sebagai usaha meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi masing-masing.

Bantuan itu diberikan secara 'one-off' kepada 325,518 pesawah di seluruh negara.

Sumber asal: BN naikkan bantuan khas pesawah jika menang PRU14...Jangan Lah MEroyan Puak Cai PH Yer

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment