MALAM tadi, dalam ceramahnya di Guar Cempedak, Kedah, Tun Dr. Mahathir Mohamad mula memfokuskan serangannya terhadap proses pilihan raya.
Kununnya beliau boleh jadi balik Perdana Menteri pada usia 93 tahun menerusi Pakatan Harapan diketuai DAP jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ‘main kecoh’.
Kecoh kata orang Aloq Setaq bermaksud main tipu. Tapi siapa sebenarnya cuba main kecoh sekarang? Dalam bola sepak pun pengadil hanya dijadikan kambing hitam bila kalah. Tapi ini belum pun sepak mula, pengadil (SPR) dah dipersalahkan.
Siap berfantasi konon peti undi kena sorok dan macam-macam lagi tuduhan yang sudah pun dinafikan SPR berulang-ulang kali. Memang cakap Tun pun dah bunyi Datuk S. Ambiga.
Paling tak tahan, ‘kununnya’ pembentangan kajian persempdanan semula kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat kelmarin tidak dilakukan secara demokrasi termasuk soal ruang berbahas tidak diberi dengan cukup.
Kata Tun, perkara tersebut sangat sangat penting. Tapi jangan lupa, masa kali terakhir persempadanan semula dibentang di Dewan Rakyat pada April 2003, Tun yang masih Perdana Menteri tidak nampak kelibat pun.
Hansard Dewan Rakyat menunjukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bentangkan laporan itu. Tun pi mana? Kata penting sangat. Wallahualam. Mungkin masa tu tak sepenting sekarang, atau seperti biasa, bagi orang lain tanggung.
Satu lagi, malam tadi Tun kata apa SPR buat ini hanya menjadikan kawasan Melayu jadi lebih Melayu, begitu juga kawasan Cina.
Lupakah Tun, di Jerai tempat berlangsungnya ceramah Pakatan Harapan juga hanya wujud akibat persempadanan 2003, sedangkan masa Tun lama memerintah negara namanya Parlimen Yan – yang 90 peratus pengundi Melayu.
Macam tu juga Parlimen Pokok Sena, daripada hampir 90 peratus pengundi Melayu, bertukar jadi kawasan bercampur dengan sebahagian penduduk di pusat bandar Alor Setar pun masuk Parlimen Pokok Sena.
Itu belum ambil kira dakwaan Mohamad Sabu, Presiden PAN masa perbahasan persempadanan 2003, kenapa Terengganu -negeri Melayu- tidak dapat tambahan kerusi Parlimen seperti Pahang?
Oh, masa Tun jadi Perdana Menteri adil? Sekarang sahaja tak adil? Lawan sahajalah Tun. Elok Tun pula kata ‘lawan tetap lawan’. Senang cerita tak payah nak drama sangat. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: SIAPA ‘MAIN KECOH’, SPR ATAU MAHATHIR?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment