Kelantangan veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang kerap memberikan pandangan berat sebelah berhubung isu-isu semasa didakwa mempunyai kaitan rapat dengan rasa kecewa dan dendam yang dialaminya bersama seorang individu dalam parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa, sikap dingin yang dipamerkan Rafidah terhadap kerajaan dipercayai berpunca daripada kekalahannya kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
“Mak cik tua (Rafidah) ini meroyan kuat sangat. Dulu tak dapat bertanding, marah, lepas itu kalah dengan Shahrizat. Lepas ini kita harapkan (Shahrizat) akan jadi menteri balik. Jadi dia tak tahan dengan Shahrizat kerana menjadi ketua lebih baik daripada Rafidah.
“Jadi sekarang ini bila dia dah kalah dengan Shahrizat memang dia marah. Dendam tak sudah serupa dengan perangai (Tun Dr.) Mahathir,” katanya dalam satu rakaman video yang tular dalam laman sosial, semalam.
Mohamed Nazri menambah, hakikat yang perlu diterima kini adalah cara dan kepemimpinan Shahrizat adalah jauh lebih baik daripada Rafidah khususnya dalam usaha mendekati kaum wanita.
Ujarnya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mempunyai etika kerja yang hebat dan sangat terpuji yang tidak pernah dipamerkan oleh Rafidah.
“Jadi Rafidah ini dendam tak sudah dengan Shahrizat yang semakin kuat. Hari itu ingat pasal kes Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dia jatuh. Yang jelas kini tidak ada kes,” katanya.

Sumber asal: INILAH PUNCANYA KENAPA RAFIDAH AZIZ BERSIKAP DINGIN TIBA-TIBA…
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment