TAK SABAR NAK TENGOK ‘PENCACAI BARU DAP’ KIBAR BENDERA ROKET!

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

TAK SABAR NAK TENGOK ‘PENCACAI BARU DAP’ KIBAR BENDERA ROKET!.
Kadang kala, penulis rasa kasihan kepada segelintir rakyat di negara ini yang begitu lemah pemikiran mereka sehingga terlalu mudah dimanipulasi oleh puak pembangkang, khususnya kepimpinan utama mereka yang licik taktik politiknya.

Kita pun tahu mereka sangat berpengalaman dalam kerja-kerja memanipulasi minda dengan pelan strategik yang mengelirukan, tapi jika seseorang itu luas pengetahuan dan memilih untuk bertabayyun, taktik pembangkang itu tidak akan memberi sebarang kesan.

Contohnya, seorang warga emas sebelum ini telah berpuluh-puluh tahun menegaskan tentang sifat DAP yang tebal sentimen perkaumannya. Berdekad-dekad dia menegaskan bahawa DAP itu sebuah parti yang ‘chaunvinis’ dan ultra-kiasu.

Tapi hanya selepas dia khianat kepada parti yang melonjak dirinya setakah demi setakah hingga menjadi Perdana Menteri paling lama berkuasa di negara ini, dia tiba-tiba menyifatkan DAP sebagai paling ‘suci’ dan terbaik. Sekelip mata dia berubah?

Begitu juga dengan DAP. Sejak awal penubuhannya pada 1966 dulu, hasil didikan PAP yang berpangkalan di Singapura, parti itu tidak pernah lekang memburuk-burukkan kerajaan yang ditunjangi UMNO, sekali gus menjadikannya musuh politik utama selain PAS.

Lim Kit Siang pula sejak ‘warga emas’ itu mentadbir negara, bukan kepalang serangan yang ditujukan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN). Tidak cukup dengan mulut, dia tulis buku pula menghentam ‘warga emas’ itu. Depan belakang, kiri kanan, atas bawah dia ‘balun’!

Tapi tiba-tiba, apabila ‘warga emas’ itu tubuhkan parti baru dan memilih untuk bersekutu dengan DAP berbanding PAS, hilang segala serangan yang sebelum ini berpuluh-puluh tahun dia hamburkan. Buku-buku yang dia karang pun entah hilang ke mana.

Jika pemimpin utama parti pun tidak tetap pendirian, sanggup menjilat segala kahak hijau yang diludah sebelum ini dan membuat pusingan 360 darjah sekelip mata, maka kita pun faham mereka itu orang politik dan bertindak untuk tujuan politik.

Sekiranya pemimpin ‘u-turn’ tidak bermaruah itu kalah, mereka tidak rugi apa-apa kerana mereka sememangnya sudah kaya mengaut ‘hasil’ ketika berkuasa. Jika menang, maka mereka boleh ‘kaya’kan lagi diri sendiri dan kroni masing-masing.

Situasi malang jatuh kepada para pengikut mereka. Pengikut mereka dulu juga mencerca antara satu sama lain. Puak ‘warga emas’ cerca DAP dan menganggap parti itu seolah ‘najis’. Ketika PAS bersama DAP, penyokong PAS teruk dihina kerana jijik mengibar bendera DAP.

Tapi kini, tiba giliran mereka pula untuk kibarkan bendera DAP. Belum pun parlimen dibubarkan, mereka kini terpaksa kibarkan bendera-bendera roket yang dulunya mereka anggap sebagai ‘najis mughallazah’. Soalnya, sanggupkah mereka?

Jika dulu mereka hina penyokong PAS sebagai ‘macai DAP’, tapi kali ini giliran mereka pula menjadi ‘macai’ kepada parti rasis itu. Di mana mereka hendak letak muka? Tidak malu pada anak isteri, jiran tetangga dan sahabat taulan bila diri mereka jadi ‘pencacai DAP’?

Sebenarnya, penulis tidak sabar menanti detik temasya pilihan raya kali ini. Tidak sabar untuk lihat mereka kibar bendera DAP. Tidak sabar untuk rakam gambar mereka sebagai ‘pencacai DAP’. Ianya pasti menjadi nostalgia kenangan mengusik jiwa seumur hidup!

Sumber asal: TAK SABAR NAK TENGOK ‘PENCACAI BARU DAP’ KIBAR BENDERA ROKET!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment