DATANG PEKAN TAKDE SAMBUTAN, APA LAGI YG MAHATHIR TAK FAHAM?

Posted by Kerah Lekung on Friday 2 March 2018

DATANG PEKAN TAKDE SAMBUTAN, APA LAGI YG MAHATHIR TAK FAHAM?.
BEBERAPA portal pro Pakatan sendiri semalam menyiarkan kedatangan Mahathir ke kawasan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, tidak mendapat sambutan rakyat dan pengundi – pengundilah, nak pilihanraya kan.  Sengaja disebutkan begitu sebab nanti tak bolehlah nak kata kita fitnah majlis Mahathir takde orang sebab portal Pakatan sendiri yang tulis tu.

Sedangkan, Najib datang ke Langkawi hari tu disambut begitu ramai orang.  Berpusu-pusu dari segenap pulau orang datang, gamaknya termasuk pulau berhampiran seperti Pulau Tuba yang baru zaman Najib menjadi Perdana Menteri inilah sahaja mendapat bekalan elektrik sepenuhnya bila kabel bawah laut siap, tak lagi bergantung kepada generator.

Tak sangka Langkawi yang Mahathir bangga-banggakan sangat tu rupanya ada lagi pulau sekitar yang tak dapat bekalan elektrik lagi di zaman millineum ini – Langkawi adalah kerusi Parlimen dimana Mahathir dijangka bertanding.

Begitupun soalnya sekarang Najib masuk sarang Mahathir, ada sambutan, Mahathir kawasan sarang Najib, tidak ada sambutan.  Agaknya Mahathir dapat tak mesej tu yang dia tu takde sokongan, tak seperti yang digebangkan konon dimana-mana pun orang menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan.

Agaknya itu yang Mahathir nak main menjelma-menjelma di Pekan tu ya.  Konon nak bagi orang gentarlah, apa sekali dia  yang kena balik semula.  Lepas ini tak tahulah Mahathir berani nak “menjelma” di Pekan atau tidak lagi?

Penulis difahamkan, Mahathir di Langkawi pun tidak berapa orang sangat nak hairan sebab ramai orang Langkawi tahu pulau itu hanya jadi tempat Mahathir membela kuda-kudanya saja bukan sebab dia peduli sangat pun orang disitu.

Cakap pasal kuda, kuda yang 40 ekor tu dah bagi makan carrot dah?

Sumber asal: DATANG PEKAN TAKDE SAMBUTAN, APA LAGI YG MAHATHIR TAK FAHAM?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment